Artis / Selebriti
” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim sempena hari lahir anakandanya, Putera Wakeel yang ke 20 tahun buat ramai tersentuh. Sebaknya baca bait-bait ayat yang Azrinaz titipkan. Kasihnya seorang ibu walau terpisah jauh..
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak akan pernah putus sekali pun tidak hidup bersama. Itu lah yang terjadi dalam hidup Azrinaz Mazhar Hakim. Dua orang anaknya iaitu Putera Wakeel dan Puteri Ameerah Bolkiah terpisah jauh beribu batu dan menjalani kehidupan tanpa ibu kandung di sisi.
Menerusi perkongsian terbaru Azrinaz di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Putera Wakeel ketika kanak-kanak. Azrinaz turut mencoretkan satu ucapan istimewa buat Putera Wakeel sempena ulang tahun kelahiran Putera Wakeel yang ke 20 tahun.
Saban tahun, Azrinaz tidak pernah sekali pun terlupa untuk berkongsikan ucapannya. Perkongsian ayat yang Azrinaz luahkan untuk Putera Wakeel menyentuh hati warganet. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu untuk anaknya digambarkan menerusi ucapannya itu. Harta dunia dan segala kemewahan mungkin tidak dapat Azrinaz berikan kepada Putera Wakeel.

Namun ada sesuatu yang lebih berharga dari semua itu yang dapat Azrinaz janjikan untuk Putera Wakeel. Selamanya cinta dan kasih sayang seorang ibu ada untuk anak tersayang. Segala kenangan yang Azrinaz ada ketika bersama Putera Wakeel akan selalu segar dalam ingatannya sampai bila-bila.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Nangis baca wish Azrinaz untuk Wakeel ni. Allah has better plan for both of you, InsyAllah.. Happy Birthday Prince Wakeel.. “
” Sayu baca.. segalanya telah tersurat, setiap manusia menjalani takdirNya yg tersendiri.. setiap satu ada hikmah yg x kita ketahui.. semoga yg terbaik utk anakanda dan azrinazmazharhakim juga. happy birthday prince wakeel.. “
” Sedihnya membaca perkongsian ini. Sebagai seorang ibu, saya benar-benar memahami perasaan yang sedang dilalui. Walaupun dunia cuba memisahkan, doa seorang ibu tiada hijab. Semoga Allah sentiasa melindungi, menguatkan hati, dan menemukan semula dengan penuh kasih sayang pada waktu yang terbaik.. “
” YaAllah mudah2an dapat bertemu n memeluk anak yg sekian lama terpisah… aamin yarabal alamin…happy birthday prince wakeel.. “
” Takdir Allah TDK ada yang bisa memprediksikannya,Inn Sya Allah suatu saat dan waktu yang di pilih Allah akan kau dapatkan dengan kesabaran dan keikhlasan dari seorang ibu hebat.. “
” Sayu baca luahan ini. Semoga Allah pertemukan di waktu yang tepat inshaAllah. Teruskan berdoa dan berharap pada kuasaNya… tiada yang mustahil. Doa ibu tiada hijabnya.. “
” Sebagai seorg ibu yg ada anak lelaki sebaya prince wakeel…Tk tahu kenapa sayu hati bila baca ..saya doakn ibu dan anak ni mngecapi bahagia dunia dan akhirat …Aamiiin.. “
Seorang ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya sekali pun banyak kesedihan yang perlu ditelan. Walaupun anak-anak tidak berada di depan mata, doa ibu sentiasa mengiringi langkah anak-anaknya. Selamat ulangtahun kelahiran Putera Wakeel dan dikurniakan Allah segala kebahagiaan dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen

