Artis / Selebriti
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim sempena hari lahir anak sulungnya, Putera Wakeel yang ke 19 tahun sangat menyentuh hati. Ucapan dan luahan rindu seorang ibu, sebaknya..
Meninjau ke akaun Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, perkongsian terbaru Azrinaz bersempena ucapan hari lahir anakanda sulungnya, Putera Wakeel sangat menyentuh perasaan. Tahun ini genap usia Putera Wakeel 19 tahun yang merupakan putera Diraja Brunei.
Setiap tahun Azrinaz tidak pernah lupa untuk memberikan ucapan hari lahir buat puteranya ini. Walaupun membesar jauh dari matanya, Azrinaz tidak pernah lupa akan satu-satunya anak lelaki yang dimilikinya hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya iaitu Sultan Hassanal Bolkiah.
Azrinaz telah memuatnaik sekeping gambar Putera Wakeel ketika kecil menaiki sebuah jet dengan memakai kaca mata hitam. Menurut Azrinaz, dia amat merindui akan puteranya itu. Tiada apa dapat digambarkan tentang rasa rindu melihat senyuman dan mendengar suaranya.

Perkongsian ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh satu jam yang lalu. Namun begitu, Azrinaz menutup ruangan komen pada posting ini untuk sebarang komen daripada warganet.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga bersama Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Wakeel dan Puteri Ameerah. Kedua-duanya kini sudah meningkat remaja.

Kini, Azrinaz sudah berkahwin lain buat kali kedua dan dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan. Walaupun begitu, sebagai seorang ibu pastinya merasai kerinduan yang mendalam untuk dua lagi cahaya mata yang jauh di mata. Selamat hari lahir Putera Wakeel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim, Dymabdulwakeel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

