Artis / Selebriti
” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
Video gelagat Zaki Yamani bermonolog dialog filem Azura buat warganet terhibur. Alamak, sekali ‘Azura ‘ betul yang muncul. Kelakar reaksi wajah Zaki berdepan dengan Ogy Ahmad Daud. Daripada ayah sampai ke anak, Azura tak habis-habis, haha..
Filem Azura antara filem hebat lakonan Ogy Ahmad Daud bersama Datuk Jamal Abdillah. Aura filem itu sehingga kini masih dirasai dan melekat dalam jiwa warganet terutamanya yang membesar pada era kegemilangan Ogy dan Datuk Jamal ketika itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zakiyamanizy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak teruna Datuk Jamal iaitu Zaki Yamani yang bermonolog dialog filem Azura. Gaya Zaki memang saling tak tumpah seperti babanya itu dan wajahnya juga banyak persamaan.
Selesai sahaja Zaki berdialog dan menyebut Azura, tiba-tiba ianya disambut oleh Ogy yang berada di dalam bilik yang sama. Pertemuan antara Zaki dan Ogy ini mencuit hati warganet. Kata-kata yang Ogy lontarkan kepada Zaki menggeletek hati, malah nama Datuk Jamal juga turut disebutnya.

Gelagat Ogy dan Zaki mengundang tawa warganet. Azura akhirnya comeback namun kali ini bukan Zack yang muncul tetapi Zack Junior. Mengimbau kenangan sungguh melihat telatah Ogy itu. Ada juga yang memberikan cadangan agar Ogy dan Zaki disatukan dalam telefilem, tentu gempak hasilnya.
Jom tonton video di bawah :
@zakiyamanizy_ Akhirnya Filem Azura dah comeback.. Hi aunty Ogy hihi @badmamawolf
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Dari aku muda smpai ke tua tak habis-habis azura haha.. Ni lawak gila.. berdekah aku ketawa.. penat kak ogy, dulu mengadap Zack, sekarang Zaki pulak haha.. “
” Azura Azura Azura, dia tak tahu dah ubah Azeva.. Azura yang betul datang tu.. Depan makcik je Azura. Belakang dia Azeeva.. “
” Azevaa punya psl, banyak kali take masa DJA Showcase tadi.. ingat azeva yg sambut rupanya Azura betul yg dtg haha.. “
” Ni betul-betul Azura datang. best ooo, menggamit kenangan. 1984 azura 2026 azeva.. Petik lagi nama Azura sekali betul2 Azura muncul.. “
” Aku suka bila kak Ogy gelak haha.. Ingat Azura tu si Azeva… sekali Kuar Kak Ogy… menggigil Si Zaki… sebijik suara ayah dia masa muda-muda masa Zaki bermonolog tu.. “
” Hahaha sekali Azura betul daa.. azura original cast. mahu tak kecut lutut zaki, ogy ahmad daud tu.. sumpah kelakar dengar ayat ogy.. dari ayah sampai ke anak duk azura azura azura haha.. “
” Adoii zaki kena berlakon telemovie komedi ni dgn aunty ogy. tambah merrah lg mantap.. takut member azura original depan mata.. dari ayah membawa ke anak haha.. “
Kelakar melihat reaksi Zaki apabila bersama Ogy, memang nama Azura selamanya di hati. Andai kata digandingkan Zaki dan Ogy dalam drama komedi, pasti menarik. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zaki Yamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen

