Artis / Selebriti
” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Hussain Jamilul Hayat dan Putera Muhammad mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah raih pujian warganet. Fuh meremang betul dengar paduan suara mereka ni. Lenggok dan qasidah memang power..
Persembahan Hussain Jamilul Hayat dinanti-nantikan oleh ramai peminat setia Big Stage Rocketfuel. Saban minggu, anak muda ini memberikan persembahan terbaik dan memukau penonton. Hussain diberikan kesempatan untuk berduet bersama Putera Muhammad pada minggu kelima yang telah berlangsung semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Tiktok Rocketfuel, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan hebat daripada Hussain dan Putera Muhammad. Lagu ini antara lagu legend yang masih mempunyai tarikannya tersendiri lebih-lebih lagi dalam versi Hussain dan Putera Muhammad.
Lenggok suara Hussain yang lunak dan merdu mendapat tepukan dan sorakan daripada penonton di auditorium. Melihat gelagat Hussain berjoget bersama penari semakin menggamatkan suasana MBSA. Hussain sememangnya sesuai dengan lagu yang mendayu-dayu seperti ini.

Hussain mempunyai auranya tersendiri yang membuatkan penonton rela menanti untuk melihat nyanyian Hussain. Tidak semua orang boleh berqasidah dengan baik dan Hussain salah seorang yang bersuara emas yang mampu berqasidah dengan sangat baik.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Wow amazing.. memang terbaik lah Hussain.. lunak bebeno lenggoknya. memang kena dengan jiwa ghazal.melekat terus sampai ke telinga.. “
” Terbaik hussain..best sangat sangat.. Hussin dh juara d hati peminat.. bgla markah rendah cmne pun walau xjuara dia tetap dh ada aura dia sendri bak kata Ajai mlm td.. On Top hussain.. “
” Vibe Mawi World.. nyanyian, suara, outfit semua dahsyat Hussain malam ni Hussain. Excellent n good job.. terbaik Hussain, bakal juara Insha Allah.. “
” Hussain’s Aura is For Real.. power suara Hussain.. goosebump~ deserve highest mark.. Vocal macam dato jamal.. “
” Rakan duet nye pun.. Memang bestlaa tp tetap x over shadow Hussain.. He should’ve gotten more marks lagu ni susah weh. All the lenggokan/qasidah and high notes tu saya bagi 100.. “
” Sedap suara dorg..mantop!!! qasidah hussain sedap gler.. tone “relaaaku” oiiii sedap weyyyy.. Tak perasan rupanya dah ulang 4 kali. MasyaAllah lunak merdu suara Hussain.. “
” Inilah dia pelapis yg kita perlukan utk menghidupkan semula lagu2 melayu traditional yg kian pupus..lenggok qasidah yg sgt dirindui oleh semua rakyat malaysia..keep going n fly high hussain!!! tq to putera..you guys gave a superb and awesome performance.. “

Vokal Hussain yang hebat bergabung dengan Putera Muhammad sememangnya meraih pujian ramai. Kelunakan suara Hussain tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun Hussain tidak berjaya meraih tempat pertama pada minggu ini, namun Hussain sudah menjadi juara di hati para peminatnya. Teruskan perjuangan Hussain sehingga ke final nanti.
Tonton video di bawah :
@rocketfuelent Hussain dan Putera Muhammad membuktikan lagu klasik tak pernah lapuk 😍 #BigStageRocketFuel2026
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, TT Rocketfuel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak kuat membebel, Akira Juwita.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen

