Artis / Selebriti
” Walaupun mungkin dia bukan dekat dengan saya, tapi sebagai ibu.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
Video Azrinaz Mazhar Hakim bercerita mengenai kedua-dua anakandanya, Putera Wakeel dan Puteri Ameerah buat warganet tersentuh. Sebaknya dengar..
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memiliki sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Sultan Hassanal Bolkiah. Dua permata hatinya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sering menjadi perhatian ramai kerana keperibadian mereka yang sopan dan berpendidikan tinggi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Majalah Nona, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama Azrinaz. Menerusi video tersebut, Azrinaz berkongsi berita gembira tentang kejayaan kedua-dua anakandanya yang berjaya menamatkan pengajian di Jerudong International School.
Perkongsian itu turut membuatkan ramai tersentuh apabila melihat bagaimana Azrinaz begitu bangga dengan pencapaian Putera Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah. Walaupun jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, namun setiap bait kata-kata yang diucapkan jelas memperlihatkan kasih sayang mendalam seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Sebagai seorang ibu, Azrinaz sentiasa memberikan sokongan, doa dan perhatian penuh terhadap perjalanan hidup kedua-dua cahaya matanya itu. Biarpun jarak memisahkan, beliau tetap mengikuti setiap perkembangan dan kejayaan anak-anak dari jauh dengan penuh kasih dan rasa syukur.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Goodjob CP and the way you answer the questions is very professional.. Anakanda cantik seperti ibu nya. Alhamdulillah.. “
” Harap2 la cp dan anak2 mmg dpt jumpa n contact hari2.. Mungkin tak secara public.. Belajar kat UK nanti boleh la jumpa mummy selalu. InSyaaAllah.. “
” Walaupun jarak memisahkan mereka, doa seorang ibu buat anak-anaknya sentiasa ada.. Semoga Azrinaz terus kuat.. Kasih sayang ibu membawa ke syurga.. Sebak.. “
” Suka dengar cara Azrinaz bercakap, masih seperti seorang pembaca berita.. InsyaAllah suatu hari nanti Azrinaz akan dapat berjumpa dengan anak-anaknya.. “
Warganet turut memuji keperibadian Azrinaz yang dilihat begitu tenang dan matang. Ada yang mengatakan bahawa kasih sayang seorang ibu sememangnya tidak pernah pudar walau dalam apa jua keadaan. Malah doa seorang ibu sentiasa menjadi penguat buat anak-anak untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Selain itu ada yang meluahkan rasa sebak dan kagum kasih sayang antara Azrinaz dan kedua-dua anaknya. Jelas sekali, kasih seorang ibu itu tidak memerlukan kehadiran di sisi setiap masa, kerana cinta, doa dan pengorbanannya sentiasa mengiringi anak-anak walau di mana mereka berada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen

