Artis / Selebriti
” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
Video Ameng Spring bertegas tidak mahu datang support anaknya, Azeva di Talk To My Manager 2 selepas muncul ketika minggu pertama. Tak sangka ini sebabnya, ini penjelasan Ameng sendiri..
Meninjau di akaun TikTok milik dhia.adwaa, telah dikongsikan video siaran langsung penyanyi Ameng Spring bersama para peminatnya. Menerusi video tersebut, Ameng tampil memberikan penjelasan mengenai sebab dirinya tidak hadir memberi sokongan secara langsung kepada anak perempuannya, Azeva yang kini sedang bertanding dalam rancangan Talk To My Manager 2.
Menurut Ameng, dia merupakan seorang yang tidak gemar “memotong line” atau mencuri perhatian dalam sesuatu majlis. Baginya, pertandingan itu adalah pentas buat Azeva bersama ibunya, Dato’ A. Aida untuk menyerlahkan bakat dan usaha mereka sendiri sepanjang program berlangsung.
Tambah Ameng lagi, dia bimbang jika kehadirannya di lokasi pertandingan akan menyebabkan perhatian wartawan lebih terarah kepadanya. Situasi tersebut dikhuatiri sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus Azeva dan juga Dato’ A. Aida yang sedang berusaha memberikan komitmen terbaik dalam pertandingan berkenaan.

Dalam masa yang sama, Ameng menjelaskan bahawa dia sebenarnya tetap memberikan sokongan penuh terhadap perjalanan anaknya itu, cuma lebih selesa melakukannya dari belakang tabir. Baginya, cukuplah sekadar melihat perkembangan Azeva dari jauh sambil memberi kata-kata semangat dan dorongan sebagai seorang bapa.
Tonton video di bawah ini :
@dhia.adwaa Papa mestilah support.. tak datang tak semestinya tak support.. Good luck Azeva dan Dato A.Aida untuk malam ni..kOrang jangan lupa undi #ameng #ttmm #aaida #azeva #trending
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ameng tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bagus Ameng ni cara bercakap, kita yg tngok pun tak bosan2 yg ada menanti live ttoknya, apa pun sihat Sllu dn semangat terus dlm menjalani kehidupan ini.. “
” TTMM ni antara A.Aida dan Azeva, bukan Ameng dan Azeva. Support belakang tabir je lah bantu anak dan bekas isterinya. Betul sgt dah tu apa yg Ameng buat selama ni.. “
” Kot2 mana2 pun, A. Aida menang manager paling perform pun atas undi2 peminat ameng jgk. Skrg ni Papameng tgh popular llahhhh.. “
” Bijak, comensen tggi, alert persekitaran bukan sahaja suara tggi tp bijak.. Memang true lagend.. Saya sokong dengan apa yang Ameng cakap tu.. “
” Btl dh ler tu. Ameng taknk kacau engagement A Aida. Kan dyorg tgh mncanak naik nama. Bagus papa meng fikir ke depan. Dia nak Azeva naik dgn nama sndri.. “
” Ape yg aku blh ckp, Azeva ni konsisten.. Support team dari mama papa umi dia.. Terbaik.. Bgus abg ameng ni.. Dia taknk interframe bila tgk ank makin bjaya.. Dia cuma jd supporter dr blkg aje.. “
” Pendekatan yg paling matang dari abg Ameng. Terbaik.. Bagus Papameng.. Dia faham Panasonic terap top dan otai manakala Toshiba sedang mengorak langkah menuju ke puncak.. “
Perkongsian Ameng itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang memuji sikap matang serta pengorbanannya dalam menjaga ruang buat anak dan bekas isterinya. Malah, Ameng turut memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Azeva demi memastikan segala-galanya berjalan dengan baik sepanjang penyertaan mereka dalam program tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dhia.adwaa, IG azeva.nt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

