Artis / Selebriti
” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
Video kejadian misteri menimpa Cik B di backstage sebelum persembahan buat ramai meremang. Teruknya keadaan Cik B, sampai tercungap-cungap dan muntah-muntah. Seram dengar suara Cik B tu..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cikb_talktomymanager2, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan kejadian misteri yang menimpa Cik B di backstage sebelum giliran Cik B untuk membuat persembahan sampai.
Menerusi video perkongsian ini, Cik B kelihatan berbeza dengan biasa. Cik B tercungap-cungap dan seakan-akan tidak boleh bernafas. Dato’ Seri Vida yang berada di hadapan Cik B cuba menenangkan anaknya ini. Memetik komen warganet, ada yang mendengar suara Cik B dalam video ini berbeza dan seperti kedengaran double suaranya.
Keadaan semakin teruk apabila Cik B mula muntah-muntah. Semua yang berada di sekitar Cik B cuba membantu agar Cik B kembali tenang. Komen warganet juga ada yang mengaitkannya dengan kejadian yang pernah menimpa Amad Dayyan tahun lalu di mana tempat yang sama Talk To My Manager berlangsung.

Adakah ianya gangguan yang sama atau pun Cik B diserang anxiety dan panic attack, hanya DS Vida dan Cik B yang boleh menjawabnya. Sekali pun diuji dengan gangguan seperti ini, Cik B tetap berjuang dan berusaha melakukan persembahan terbaik bersama Dato’ Hattan selepas itu. Cik B anak mama yang hebat dan kuat.
Jom tonton video di bawah :
@cikb_talktomymanager2 Keadaan cikb backstage ! Doakan cikb😭 #ttmm2 #fyppppppppppppppppppppppp #cikbhavoc
♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator
@cikb_talktomymanager2 Cikb😭 bukan lakonan bukan gimik kalau tahap macam ni #ttmm2 #fyppppppppppppppppppppppp #cikbhavoc #cikbsquad
♬ original sound – CIKB TALK TO MY MANAGER 2 – CIKB TALK TO MY MANAGER 2
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Kenapa saya rasa mcm ain , kdng2 kita tak nampak orng dengki dengn kita.. Cikb Sama macam amad tahun lepas.. “
” Sama mcm amad kena masa last year. Tmpt ni mmg keras. Kan nabil pernah ckp. Lau ada show lepas je sttle cepat2 dia nk balik. Lg2 nk ke tmpt parking. Serammm wei nabil ckp. Nw kena pd cikb. Jgn pulak korang ckp cikb buat2 mcm amad.. “
” Suara dia bunyi double.. dulu mse amad kne, rmai ckp dia ngade ngada. ni cik b pulak yg terkena.. “
” First time aku meremang tgk vdeo ni..memang betul ada sesuatu kat situ.. bunyi suara cik b lain.. berdiri bulu roma.. “
” Tempat ini dari saya kerja dgn designer time GV,big stage siap kan artis memang ada rasa sesuatu,mungkin orang cakap alah propa je,tapi dia orang tak ada di tempat dia orang yang akan rasa macam tu.. “
” Sakit-sakit pon cikb perform terbaik mlm ni. go cikb go.. sikit lagi nak final.. Kuat semangat cik B cepat sembuh ya.. “
” Kesian cik b, seksa betul tgk cikb camtu. tak mungkin lakonan ni teruk sangat cik b tu.. seram pulak tengok cik b kena macam tu.. “
Keadaan Cik B seperti ini tidak pernah ditunjukkan kepada orang ramai. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu Cik B sebelum persembahannya bermula. Andai ini satu gangguan, moga Cik B cepat sembuh dan tidak akan berulang lagi kejadian sebegini pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cikb_talktomymanager2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini

