Connect with us

Artis / Selebriti

” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain

Video respon Hussain Jamilul Hayat apabila ditanya tentang kemenangan Anggrek di konsert final Talk To My Manager musim 2 raih perhatian warganet. Ini penjelasan Hussain..

Program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) telah pun melabuhkan tirainya. Kemenangan diberikan kepada anak Adira Suhaimi, Anggrek di atas persembahannya yang memukau dan penuh bertenaga. Ramai juga yang kecewa kerana Hussain Jamilul Hayat hanya berjaya sebagai naib juara.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Remaja.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Hussain bersama wartawan. Hussain menzahirkan rasa syukurnya atas kejayaan yang diperolehi. Hussain juga mengucapkan ucapan terima kasih untuk ayahnya atas usaha dan pengorbanan yang dicurahkan.

Selain itu, Hussain tidak lupa ucapan untuk rakan-rakan finalis, Azeva, Kim Khairii, Cik B dan Anggrek kerana semuanya konsisten dan saling membantu antara satu sama lain. Ucapan untuk peminat juga tidak dilupakan kerana hasil usaha peminat, Hussain berjaya memenangi anugerah khas sebanyak 5 kali sepanjang TTMM2 ini.

Hussain juga memberikan sedikit komennya mengenai kemenangan Anggrek. Hussain secara terbuka mengakui dirinya kagum dengan kesungguhan dan disiplin yang Anggrek tunjukkan. Anggrek memberikan impak besar dan inspirasi kepada Hussain.

Jom tonton video di bawah :

@remaja.my

Naib Juara Talk To My Manager 2, Hussain baru-baru ini meluahkan rasa syukur dinobatkan di tempat kedua. Menurutnya segala keputusan ini adalah ketentuan ilahi dan beliau tumpang gembira apabila Anggrek merangkul gelaran juara. Difahamkan, Hussain bakal hadir dengan single terbaru & istimewa buat peminat yang sentiasa menyokong… katanya akan ada meet & greet tau!🤩✨ #TalkToMyManager2 #MajalahRemaja #Remaja #remajamalaysia

♬ Lucentfall – 时代环球娱乐

 

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Terima kasih hussain.. ajar kami natizen2 belajar sesuatu dari ucapan yang baik2 dan mengingatkan km apa shj yg jd atas izin Allah S.W.T.. alhamdulillah.. tak salah pilih hussain as ikon yg boleh diidolakan untuk generasi2 akan datang.. buckleup.. “

” Jangan masuk pertandingan dah Hussain. Terus jadi penyanyi professional. Jaga diri, ingat mana yang buruk, mana yang baik. Yang buruk jangan ikut. Jangan sombong. Penting tu. Jadi manusia yang humble, baik, confirm cerah masa depan…Amin.. “

” Hussain redha…tp peminat kecewa mmg harap Hussain JUARA.. Semoga Rezeki Hussein bertambah selepas TTMM.. “

” Tahniah Hussain Juara di hati ramai. semuga Hussain dapat pergi jauh lagi jadi anak Soleh berjaya dunia dan akhirat aminn3.. “

” Betul kn de rezeki de sen sentiasa meluas di luar sana kn de ramai peminat de sentiasa suport ker de kn insyaallah de kn sentiasa terbaik de luar sana kn de insyaallah de.. “

” Org baik. Menerima ketentuan Allah dgn redho. Rezeki Allah yg tentukan. Semuga lepas ni rezeki Hussain akn dtg mencurah². In syaa Allah.. “

” Positifnya lah Hussain ni, susun kata pun teratur je. Yang penting, Hussain sentiasa letakkan Allah nombor 1, keyakinan dan redha dia tu, kagum rasa.. “

Hussain menerima dengan hati terbuka dengan keputusan mendapat tempat kedua itu. Tiada kekecewaan dan semuanya adalah ketentuan Allah, itu yang Hussain terapkan dalam dirinya. Semoga Hussain lebih maju jaya dan single Hussain yang bakal keluar nanti akan meletop di corong-corong radio.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Remaja

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Oatside

Trending

Copyright © Berita Kopak