Connect with us

Artis / Selebriti

” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam

Video respon Ahmad Aslam apabila dutemubual setelah disahkan bercerai dengan Marissa Dania Hakim oleh pihak mahkamah curi perhatian warganet. Ini penjelasan tuan badan..

Kemelut rumahtangga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim bersama pasangannya, Ahmad Aslam bin Kasyfun Nazir Rashid akhirnya menemui titik nokhtahnya hari ini. Terdahulu, Marissa dan Aslam telahpun beberapa kali menghadiri prosiding mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan komen Aslam dan peguam yang mewakilinya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nadzri sesudah mahkamah memutuskan keputusan bagi kes cerai Aslam dan Marissa.

Secara rasminya, Aslam dan Marissa tidak lagi bergelar suami isteri dan sah bercerai, namun jumlah talaknya tidak didedahkan. Aslam ketika ditemui meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan Marissa serta isterinya, Umisya serta anak-anak.

Bagi Aslam, mungkin ini yang Allah aturkan terbaik untuk mereka sekeluarga. Aslam menerima dengan hati terbuka keputusan tersebut. Aslam juga memohon agar orang ramai tidak lagi meninggalkan komen-komen negatif di media sosial terhadap mereka.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Dari kes diorang,kite tahu betapa pentingnya restu & redha seorang ibu.. xkan aman smp mati klu x dgr ckp ibu bab bab jodoh ni ibu lgi tahu . Jarangla ibu x berkata benar..jarangla naluri ibu x btol walopon ibu tu x sebaik kite tgk.. “

” The best decision ever, marissadania_ Ramai yang sayang awak. Trust me, your future will be much brighter after this. Wishing you nothing but success and happiness ahead. Dapatkan restu Mom or parent dulu tau.. “

” Syukran for you sis marisa… build a better future insyaAllah.. Alhamdulillah marissadania_ akhirnya Allah perlihatkn awak sapa yg terbaik di sisi awak.Jgn lupa Allah sudah aturkan yg terbaik utk awak.. “

” Pengajarannya jangan sesekali membelakangkan mak bapak dalam apa jua urusan hidup.Masa muda tu guna utk cari ilmu dan kerjaya yg bagus.. “

” Itu yg terbaik utk marisa laki org x jamin msa depan dik , awak layak dpt yg lbh baik lg.. moga ALLAH aturkan yang terbaik untuk marissa lepas ni.. “

” Perkahwinan tanpa restu org tua akan berakhir dgn perpisahan jga sebab org tua tdk akan doakan kebahagian mereka ..semoga bertemu jodoh yg baik selepas ni.. “

” Syukur alhamdulillah marissadania.. awak cantik..kami semua doakan semoga awak bertemu jodoh dengan orang yang betul.. “

Semuanya sudah tertulis dan jodoh antara Marissa dan Aslam setakat ini sahaja. Pastinya ada hikmah atas semua yang telah terjadi dalam hidup Marissa. Sama-sama kita mendoakan agar Marissa lebih maju jaya dalam hidup. Terus kuat dan melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi Marissa Dania.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hlive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak