Artis / Selebriti
” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu berduet dengan Thalita menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan raih perhatian netizen. Wah, sedap sungguh paduan suara dua beranak ni. Suara Thalita sebijik macam arwah ibu dia, sebak pulak dengar..
Meninjau di akaun TikTok pemilik nama ariffah01, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengadakan siaran langsung bersama anak perempuannya, Thalita. Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian ramai kerana memaparkan momen istimewa antara bapa dan anak yang cukup menyentuh hati.
Menerusi siaran langsung itu, Shuib dan Thalita dilihat telah berduet menyanyikan sebuah lagu yang begitu dekat dengan hati mereka sekeluarga. Kedua-duanya tampil santai sambil menghiburkan para penonton yang mengikuti sesi live tersebut.
Lagu pilihan mereka ialah Sandarkan Pada Kenangan, lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah Raissuddin bersama Dato’ Jamal Abdillah. Pemilihan lagu tersebut membuatkan ramai penonton turut mengimbau kenangan terhadap arwah Siti Sarah yang sentiasa dirindui ramai.
Nyanyian dimulakan oleh Shuib sebelum disambung oleh Thalita. Suara merdu Thalita yang semakin matang mencuri perhatian ramai. Malah ada yang tidak menyangka Thalita mampu menyampaikan lagu tersebut dengan begitu baik dan penuh penghayatan.
Tonton video di bawah ini :
@ariffah01 woww hebat yea..dua beranak nie dady n tata.mana tahu lps nie ade rzki lagu duet ank beranak plk kan.mantapppp
Di ruangan komen, ada yang memuji suara dua beranak ini merdu. Antara komen yang menarik diberikan oleh warganet adalah :
” Anak dengan bapa sedap suara mantap.. Suara Thalita merdu, teruskan berlatih.. Talita makin besr cantik dan suara pun mcm suara arwah ibunya.. “
” Terbaik lah dua beranak ni, sedap suara dorang.. Best Thalita n Shuib.. Rindu arwah Siti Sarah.. “
Gabungan suara Shuib dan Thalita turut menerima pujian daripada warga maya. Ramai yang berpendapat suara Shuib dan Thalita sangat serasi apabila digabungkan dan menjadikan persembahan ringkas itu lebih istimewa dan menyentuh perasaan.

Selain nyanyian mereka, penampilan Thalita juga menjadi perhatian warganet. Ada yang memuji kecantikan Thalita yang semakin terserlah, seiring usianya yang meningkat remaja. Ada juga yang mengatakan wajah Thalita semakin mirip arwah ibunya dan membuatkan ramai tersentuh melihat perkongsian tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ariffah01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

