Artis / Selebriti
” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
Video persembahan memukau Hussain membawakan lagu Dinda di minggu 7 Talk To My Manager 2. Fuh Hussain betul-betul keluar dari comfort zone. Siap menari dan bergelek, juri pun terkejut..
Hussain Jamilul Hayat salah seorang peserta kesukaan ramai dalam program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Hussain diminati ramai bukan kerana ayahnya seorang artis veteran tetapi bakat dan kelunakan suara Hussain yang menjadi daya tarikan di mata penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, Media Hiburan dan Tiktok Kartseeni, telah dikongsikan video persembahan oleh Hussain semalam bagi minggu ke 7, TTMM2. Hussain mendapat tugasan lagu Dinda dendangan asal kumpulan Masdo.
Persembahan Hussain ternyata berbeza dari minggu-minggu terdahulu. Hussain menyahut cabaran para juri supaya keluar dari zone selesanya. Semua sedia maklum, Hussain agak pemalu orangnya dan itu yang menjadikan persembahan Hussain sebelum ini di pentas kelihatan agak kaku di mata juri.

Suara Hussain yang merdu sangat sesuai dengan lagu Dinda. Kegamatan MBSA semakin hangat dirasai apabila Hussain mempamerkan aksi gelek. Tidak itu sahaja, Hussain menari bersama salah seorang penari wanita dan ini membuatkan Dato’ AC Mizal dan Che Puan Sarimah terkesima.
Jom tonton video di bawah :
@kartseeni Hussain malam ni belanja habis dengan dua sarung tangan🥰✨ TALK TO MY MANAGER MUSIM KE-2 Setiap Ahad 9.00 malam | Main Show TTMM2 Astro Ria, Sooka dan Astro One #TalkToMyManager #TTMM2 #Kartseenixborakseeni
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Hensem teruk hussain mlm ni…best sgt.. Tahniah Hussain…sarung tangan tu yg terbaik.. kita orang pun bergelek ni macam mana ni hehe.. “
” Wow bestnya Hussain juara minggu ni.. bagi je lah lagu apa pun, semua Hussain tapau cantik punya.. Tampan betul Hussain malam ni macam aktor Dhanush masa muda.. “
” Tengok hasilnya, Hussain sekali lagi top the chart. Konsisten terus insha Allah bakal juara.. Suara Hussain clear, clean, memang the best.. “
” Persembahan simple dan daring.. good job Hussain, ini yang kita mahu kan.. bukan setakat suara, tapi gelek tu memang power.. part menari tu sampai melopong Dato’ AC. Penangan Hussain.. “
” No satu lah Hussain.. Hussain buktikan dia boleh keluar dari zon selesa.. siapa Yang sepanjang tgk persembahan Hussain tersengeh sorang2 angkat tangan.. “
” Hussain ni dah level penyanyi dah… Suara mantap.. Lagu rentak jazz not easy to sing tau. Masdo boleh dah masukkan Hussain dlm group diorg ..body slim sesuai dh..boleh blend dgn Lagu2 camni.. “
” Mimik muka ada improve. suara sedap dah. dah makin selesa on stage.. terpukau jap dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh.. “
Siapa sahaja yang tidak cair melihat persembahan Hussain ini. Che Puan Sarimah dan Dato’ AC sendiri teruja dan kagum dengan usaha Hussain untuk keluar dari comfort zone. Semoga Hussain terus consistent untuk minggu suku akhir minggu hadapan dan berjaya mara ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan, Tiktok Kartseeni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

