Connect with us

Artis / Selebriti

” Power, siap mimik muka lagi. Amazing and extra ordinary Anggrek, always superb.. ” – Komen Netizen

Video Anggrek membawakan lagu Golden di minggu ke 7, Talk To My Manager 2 buat ramai terpukau. Fuh energetic betul Anggrek ni. Mimik muka tu geram tengok. Star is born.. 

Saban minggu, persembahan daripada anak Adira Suhaimi, Anggrek Adnan pasti menjadi perhatian ramai. Anggrek merupakan peserta termuda dalam program realiti TV, Talk To My Manager musim 2, namun usianya tidak menghalang Anggrek untuk memberikan saingan kepada peserta lain.

Jika pada minggu lalu Anggrek cemerlang dan mendapat pujian melambung dengan persembahan Temberang bersama Mimifly, minggu ini Anggrek kembali lagi menguasai pentas dengan lagu Golden lagu asal nyanyian EJAE yang merupakan lagu daripada filem animasi Kpop Demon Hunters.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Anggrek. Anggrek mempamerkan aksi lincahnya dan menggamatkan suasana MBSA dengan tarian yang penuh bertenaga.

Mimik muka, tarian dan nyanyian Anggrek menjadi perhatian penonton dan peminat Anggrek. Juri juga terhibur melihat aksi Anggrek sepanjang persembahannya itu. Anggrek ada aura sebagai seorang penyanyi dan penghibur dan program TTMM2 ini adalah medan terbaik untuk Anggrek mempamerkan bakatnya itu.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Tetiba terbayang Anggrek bila dah besar nanti. Ada vibe Agnes Monica weh!!! Basarrr bakat anak ko ni mandakkkk odoiii giaaa.. “

” Aku mmg kagum la anak adira ni wlupn vocal dia x stnding,tp gaya dia slayyyy sgtt.. ciri2 superstar dia tersangatlah menyerlah..pndai mnari..memek muka dia tu yg mahal tu..menjiwai sungguhlah ko ni dik..hacikkk suka.. “

” Despite her awesome performance, vocals dia improvedddd !! keep fighting Anggerik.. Anggerik ni jelmaan Stacy.. “

” Punya la bagus perform angerik ni.. shaking bahu tu ummphh! Vocal dia ada improvement.. u go girl.. “

” ANGREKKKKKKKKKK…… Umur mcm angrek bawak lagu golden bkn mudahhhh….. lyrics eng Plus Korean language walaupun few words,ingat senang ka wey.. “

” Kecik kecik cili padi la Anggrek.. Performance mmg no syatu la.. she’s a star.. Dance & expression mmg tiptop.. Good job. A star is Born. Go baby.. “

” Power siap mimik muka lagi.. amazing and extra ordinary anggrek.. always superb performance and cute baby voice. Bahaya dan hebat Anggrek ni.. kecik kecik bakat besar, terbaik Anggrek.. “

Anggrek ada tarikan tersendiri apabila beraksi di atas pentas. Walaupun umur Anggrek masih muda, namun Anggrek sudah mempamerkan mutu persembahan yang memukau penonton dan juri. Semoga Anggrek terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan di pentas TTMM2 sehingga ke peringkat akhir.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak