Connect with us

Artis / Selebriti

” Wahh dahsyat pantun you, patut lah I selalu terbatuk.. ” – Bella Astillah

Video YB Syed Saddiq jawab pantun 2 kerat secara spontan buat ramai yang terhibur. Amboi YB, bukan main sweet lagi dia punya pantun, siap selit ayat-ayat cinta untuk Cik Tunang. Patut lah Bella asyik terbatuk, hehe.. 

Meninjau di akaun Instagram milik YB Syed Saddiq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan YB Saddiq menjawab pantun secara spontan. Menerusi video tersebut, rakaman dilakukan oleh seorang lelaki yang meminta YB Syed Saddiq membalas beberapa rangkap pantun yang diberikan kepadanya.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kebolehan YB Syed Saddiq membalas setiap pantun dengan begitu lancar dan bersahaja. Tanpa sebarang persediaan, beliau berjaya memberikan rangkap-rangkap pantun yang kreatif dan menghiburkan.

Lebih menarik lagi, beberapa pantun yang disampaikan turut menyelitkan kisah percintaannya bersama tunang tercinta, Bella Astillah. Seloroh dan sindiran manja yang disampaikan menerusi pantun tersebut membuatkan ramai teruja dan terhibur mendengarnya.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur dengan gelagat YB Syed Saddiq yang semakin santai dan humoris. Malah, ada yang memuji bakatnya berpantun serta menyifatkan setiap rangkap yang diucapkan begitu mencuit hati.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Patutlah Bella kata Tunang dia klaka ya amat.. Haahahaha kita dengar dia bagi pantun pun dah terhibur, hehe.. “

” Amboii yb mata nmpk bella terus lupa diri, kmainn ehh.. Korang..ada yg nak join pindah planet ke? Amiklah bumi ni YB..bersemut teruk pantun tu.. “

” Part yg bantal Bella tu hahaha ,terlebih angau yb skrang eh.. Hahahaha lain macam YB sekarang, dah sejak2 nak dekat tarikh kahwin, hehe.. “

” Sekrg dh tau kan yb “Jatuh cinta memang manis” .. Haha.. Campin sdh yb demi yang Bella, HAHAHA.. Terbaik lah.. “

” YB.. Alahai pagi2 dah buat akak sengeh2 ni … Macamane taktau jalan keluar ni YB… Asyik senyum Jeee dengar pantun YB.. “

” Owh macam ni rupanya seorang yb bila mabuk cinta hehehe.. Cepat nikah YB,baru hilang angau tu, hahahaha.. “

” If our partner is not obsessed and mindful about us like how YB is with Bella, we don’t want them.. Good try YB.. u’ve improved a lot obviously.. Kp it up,ehehe.. “

Komen Bella :

Tidak ketinggalan, Bella Astillah turut meninggalkan komen di ruangan komen video tersebut. Reaksi Bella yang kelihatan terhibur dengan pantun-pantun yang disampaikan oleh tunangnya itu turut menarik perhatian ramai dan menambahkan lagi kemeriahan perkongsian tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG syedsaddiq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak