Artis / Selebriti
” Demi menutup aib pelajar, assignment menari dibuat jauh lebih mudah.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq menari bersama Bella Astillah dan anak-anak Bella sempena Hari Kaamatan & Gawai buat ramai terhibur. Wah YB, dah tak ada tarian burung gagak lah tahun ni. Ayden dan Ara pun comel sangat, pandai menari..
Meninjau di akaun Instagram milik YB Syed Saddiq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beliau menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, YB Syed Saddiq turut berkongsi video tarian bersama Bella Astillah serta dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Gelagat mereka menari bersama jelas menghidupkan lagi semangat perayaan dan menghiburkan para pengikut di media sosial.
Di ruanga kapsyen, YB Syed Saddiq sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa guru tariannya pada tahun ini lebih memahami keadaannya dan mengajarkan langkah tarian yang mudah untuk diingati. Malah, latihan juga telah dilakukan lebih awal bagi memastikan persembahan berjalan lancar.

Menurut YB Syed Saddiq lagi, walaupun latihan dilakukan berkali-kali, akhirnya beliau berjaya menguasai tarian tersebut dengan baik. Sikapnya yang bersungguh-sungguh berlatih turut mendapat pujian daripada para peminat yang mengikuti perkongsiannya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Secara jujur, YB ada improvement sudah, nanti majlis kahwin mesti perfect sudah ni YB hahaha.. Tahniah2 YB .. “
” Bro jangan tunjuk sangat sedih Arsenal kalah bro.. Menari betul2,ramai sabahan tengok tu.. Hahahahaha.. “
” Masyaallah comelnya, part yb tu nasib bkn burung terbang .. Ada banyak improvement YB, dulu lagi keras teroks
” Maasyaa Allah Happy Family .. Cute betul tengok dorang menari sama2.. Btw ada kemajuan tarian YB tahun ni.. “
” So proud of your achievement YB.. Ara cute sangat tengok gaya dia menari tu.. Pandaiii betul dia, hahahaha.. “
” Wahhh tahun ni upgrade sekali dengan anak², hehehehe mantap family iron ni.. Anak2 tu paling comel sangat.. “
” We want moreeee Bella .. Pendek sgt video ni.. Tak puas, comeyyy sgt semua.. Geram betul dgn kecomelan Araaaa.. “
Perkongsian video ini telah meraih pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat YB Syed Saddiq menari, malah ada yang berpendapat kemahiran tariannya menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Dalam masa yang sama, kecomelan Ayden dan Ara ketika menari turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima pelbagai pujian daripada netizen.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syedsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

