Connect with us

Artis / Selebriti

” Dorang tak percaya berhutang sebab muka awak anak orang kaya.. ” – DS Aliff Syukri

Video luahan hati anak Norish Karman, Amanda bila ada yang mempersoalkannya meminta bantuan dan berhutang walaupun berstatus anak Dato’ buat ramai tersentuh. Besar pengorbanan Amanda dan abangnya demi ibu dan keluarga. Sebaknya tengok Amanda menangis.. 

Sebagaimana yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Aliff Syukri, usahawan ini membantu Norish Karman dan anak-anaknya mencari rezeki dengan berjualan secara live Tiktok semalam. DS Aliff mempunyai platform dan followers yang ramai dan ini salah satu cara yang terbaik untuk membantu Norish.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pokcik.share dan Papalarisbyaa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan luahan hati Norish dan anaknya, Amanda apabila menerima pelbagai kata-kata tohmahan dan kecaman daripada segelintir warganet.

Ramai yang mempersoalan status Amanda sebagai anak seorang berpangkat Dato’, namun masih merayu bantuan orang ramai di media sosial. Amanda menegaskan, dia tidak pernah menggunakan status anak Dato’ kerana itu semua tiada gunanya.

Amanda juga tidak dapat menahan air mata apabila dipersoalkan mengenai berhutang sedangkan dirinya anak orang kaya. Bak kata Norish, Allah menutup aib mereka. Apa yang orang luar lihat tidak lah sama dengan kehidupan yang mereka jalani. Segala dugaan ini diterima dengan hati yang redha.

Jom tonton video di bawah :

@pokcik.share

Kisah anak anak Norish Karman @mandahashbrown #norishkarman #datoaliffsyukri

♬ original sound – pokcik share – pokcik share

@papalarisbyaa

kata-kata dari Norish Karman tentang pandangan orang.. #aliffsyukriterlajaklaris #aliffsyukri #norishkarman #papalarisbyaa #shahidadherbs

♬ bunyi asal – PapaLaris by AA – PapaLaris by AA

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” SubhanaAllah.. disebalik kesusahan Dan ujian beliau, namun dihadirkan dengan Anak2 yg hebat akhlaknya. Moga dipermudahkan urusan keluarga kecilnya. Amiinn YRA.. “

” Ramai anak norish rupanya. sejuk mata memandang anak2.. Semoga Norish Karman diberi kesembuhan Aamiin.. “

” Setiap apa yang kita buat untuk kebaikan pasti ada ujiannya.. semoga Norish tabah.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Norish Karman dan anak2. Aamiin.. “

” Amanda cantik dan bertanggungjawab.. Bertuah ibu dapat anak sebaik Amanda… Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Norish Karman dan anak2. Aamiin.. “

“Bagusnya Amanda.. kadang diuji dgn susah itu yg jadikan anak itu bertanggumgjawab. T.kasih Dato Alif Sukri Dan Datin Shahidah perihatin atas kesusahan semua orang.. Allah kurniakn hati yang berhati mulia.. “

” Cantik & hensem anak2 norish..bagus sgt ank2 dia..terima kasih dato bantu family norish.. sedihnya dengar luahan hati anak-anak norish ni.. pengorbanan anak untuk ibu.. “

” Tengok live semalam memang potong bawang.. bekas suami dia dah umur 78 tahun dan sakit serta takde pendapatan dah untuk bantu anak-anak.. diorang dah takde duit sebab Norish dah 7 tahun takde job berlakon.. “

” Kereta pun selalu rosak. barang2 dalam rumah seperti perabot dan TV dah habis dijual untuk tampung kehidupan. Anak lelaki sorang je berkerja dengan pendapatan RM1700 untuk tanggung ibu dan adik2. Amanda tak boleh keje sebab perlu jaga Norish dan jaga serta hantar adik2 ke sekolah. hutang sana-sini, bil tertunggak dan macam2 lagi.. memang kesian.. “

Hebat sungguh pengorbanan yang diberikan oleh anak-anak Norish untuk ibu mereka ini. Dalam kesusahan, tetap mereka mencuba mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup. Semoga rezeki Norish dan anak-anak melimpah ruah selalu dan kembali sembuh seperti sediakala.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok papalarisbyaa, Tiktok pokcik.share , IG Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak