Artis / Selebriti
” Macam mana Azar menerima lelaki dengan mudah atau Azar diguna-gunakan.. ” – DS Vida
Video Azar Azmi bercerita mengenai kisah perkenalannya bersama suami sehingga membawa ke alam perkahwinan. Terkejut DS vida, tak sangka itu detik perkenalan Azar dengan suaminya macam tu..
Masih ramai yang ingin mengetahui kisah kehidupan Azar Azmi yang masih menjadi teka teki. Sejak Azar menghilangkan diri dari industri, segalanya mengenai Azar tidak dapat diketahui. Hanya yang peminat Azar maklum yang Azar telah pun berumahtangga dan mempunyai cahayamata.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Qu Puteh Tomato HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Azar bersama Dato’ Seri Vida. Sebagaimana Dato’ Seri Aliff Syukri, DS Vida juga ingin membantu Azar agar Azar mempunyai pendapatan untuk menampung perbelanjaan hidupnya bersama anak-anak.
DS Vida memulakan sesi soal jawab dengan bertanyakan kepada Azar bagaimana Azar bertemu dengan suaminya. Ini antara persoalan yang sering bermain di minda warganet juga kerana Azar berkahwin secara tiba-tiba ketika kerjaya lakonannya berada di kemuncak.

Jawapan yang diberikan oleh Azar ternyata membuatkan DS Vida terkejut dan tidak percaya. Tanpa sebarang percintaan, hanya dengan kata-kata ‘ Aku ingin halalkan kau’ , Azar menerima lamaran suaminya itu. Sebelum ini, Azar pernah memberitahu dalam satu podcast, hidupnya pada waktu itu terasa kosong dan dia menerima sesiapa sahaja yang hadir ketika itu.
Jom tonton video di bawah :
@quputehtomatohq Kahwin tiba tiba tengah zaman prime kemuncak kerjaya #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukfypmu #fypシ゚ #masukberandafyp
♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jangan dengar cerita satu side.. Azar ni tak cerita habis sebab tak nak bukak aib,banyak dia kalis-kalis.. “
” Serah pada takdir tp sayang takdirnya begitu.. Allah nk angkat darjat dia. Allah tahu dia mampu hadapi ujian… amin.. “
” Bagus Azar ni. Ikhlas dye. Tak bercinta terus kawin. Allah nk uji. Rumah tangga bermasaalah. Pasti ada hikmah nye. Smg Allah mudahkn. Aamiin.. “
” Jodoh pilihan Allah… tak de yang mampu menghalang.. tapi time tu Azar memang tengah frust putus.. pada aku Azar ni bagus, dia terima terbuka takdir dia.. “
” Bahaya tu…. mudah terima tanpa kenal hati budi dgn lebih dekat. Apa pun jodoh. Masa depan sukar nak diramal. Kalau dah rezeki dpt org baik, baik la jadinya. Kalau di sebaliknya dah tersurat takdirnya begitu.. “
” Cinta selepas kawin okay tu. dia menerima seadanya bagus org nya… tk memilih.dah ada anak mereka bahagia.. “
” Azar ada bgtau kat podcast waktu dia terima suami,fikiran dia tengah kosong. pd dia siapa yg nak dia ambil saja.macam tu la yg dia cerita beberapa hari lepas.. “
Allah sudah takdirkan kisah hidup Azar sebegitu rupa. Perkahwinan tanpa dasar cinta pada awalnya dan Azar menerima seadanya suaminya itu. Semoga ada sinar bahagia untuk Azar dan anak-anak selepas ini dan Azar terus kuat serta bangkit demi masa depan yang lebih cerah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qu Puteh Tomato HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

