Connect with us

Artis / Selebriti

” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

YB Syed Saddiq kongsi video hasil shooting di Blausee Switzerland bersama Bella Astillah dengan kapsyen yang romantik buat ramai teruja. Fuh berapa kali melamar ni YB Saddiq, melting tengok..

Warganet masih belum boleh move on dengan pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Masing-masing berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan ini. Kesungguhan YB Saddiq untuk menjadikan Bella ratu hatinya membuatkan warganet semakin teruja.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan hasil shooting Bella dan YB Saddiq di Switzerland sebelum ini kolaborasi bersama Kedai Cincin Ampang. Kata-kata yang YB Saddiq tuliskan di ruangan kapsyen pasti akan menambahkan senyuman di wajah peminat BASS.

Romantik sungguh video ini. Bak komen warganet, sangkaan mereka sebelum ini mengenai video pre wedding Bella dan YB Saddiq hampir tepat. YB Saddiq turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Kedai Cincin Ampang kerana menjadi antara pihak yang merealisasikan impian penyatuan dua hati.

Menonton video ini sehingga ke akhir membuatkan ramai tersenyum sendiri. Pastinya banyak lagi video romantis Bella dan YB Saddiq sepanjang berada  di Switzerland akan dikongsikan kepada umum selepas ini. Bakal pengantin yang perkahwinan mereka akan disebut-sebut sebagai wedding of the year. 

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Perhhh blausee Switzerland plk mnjadi saksi cinta bass Mantapp laa.. kira melamar x rasmi di swiss.. Rasmi di gunung Kinabalu.. Woww.. “

” YB da ade cinta sejati n x mkin memilih yg lain dlm hidup nye, hanye Bella cinta sejati akan dibawa ke syurga.. “

” Kudos to Haroq, who did the shoot…. yg YB and bella dah nampak mcm prince and princess.. Drp serahsia2 manusia, now yb dah jd terbuka .. steps si genius mengharungi cintanya dgn kebijaksanaa. N berhikmah.. “

” Waaaaaaaaaaahhhhhhh YB u really really really reaaaaaaally super duper give all of your heart to BELLA. U REALLY REALLY REALLY SUPER LOVE HER. This isssssssss sooooo soooo amazingly make my heart butterfly laaaaaaaa. Ur caption sumpahhhh sumpahhhhh we can feel your feeling towards Bella. u both perfect couple.. “

” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali.. Awwwww. aku Dah guling-guling dah ni.. 2 kali propose rupanya.. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin YRA.. “

” Duk kata dah pre wedding hari tu ni .. ni baru tunang tau. Kalau kahwin ni mesti lagi bersemut… Switzerland pun menjadi saksi cinta YB dan Bella.. “

” Wow..berapa kali melamar ni yb hehe.. lawa gila shoot ni.. tak sabar tunggu wedding of the year.. Lake blausee jadi saksii kehangatan cinta prince syaddiq, princess bella.. “

Video yang menarik daripada Haroq dan dijayakan dengan baik oleh YB Saddiq dan Bella. Bukti cinta sejati yang menanti hari untuk disatukan. Semoga segala impian YB Saddiq dan Bella dimakbulkan Allah dan segala urusan menuju hari bahagia berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syed Saddiq  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak