Artis / Selebriti
” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
Video Rozi Abdul Razak mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku ketika DS Siti Nurhaliza terlibat dalam kema langan jalan raya raih perhatian ramai. Fuhhh, nasib baik..
Penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, dilaporkan terlibat dalam satu kema langan jalan raya di Kilometer 14.2 Lebuhraya MEX pada petang tadi. Berita tersebut mula mendapat perhatian ramai selepas gambar DS Siti tersebar menerusi platform media sosial dan mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat.
Menerusi perkongsian di Instagram radio Era, satu panggilan telah dibuat kepada pengurus DS Siti, Rozi Abdul Razak bagi mengetahui perkara sebenar dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan penyanyi kesayangan ramai itu selepas insiden berkenaan. Rozi memaklumkan bahawa DS Siti hanya mengalami kecede raan ringan.
Difahamkan kaki DS Siti mengalami lebam dan sedikit bengkak akibat kema langan itu. Walau bagaimanapun, keadaan DS Siti dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan selepas menerima rawatan di hospital. Perkembangan itu sedikit sebanyak melegakan hati para peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya.

Ramai yang meluahkan rasa syukur apabila mendapat tahu bahawa kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius. Malah, DS Siti sendiri turut berkongsi sebuah video bagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut menitipkan doa agar DS Siti diberikan kesembuhan segera. Antara ucapan-ucapan tersebut adalah :
” Alhamdulilah Syukur Tokti Tkde Yg Serius.. Rehat Tokti N Cepat Sembuh.. Get well sooon kesayangan. Rehat cukup ya…. Speedy recovery.. “
” Alhamdulillah. Semoga sentiasa dalam lindungannya Dato Siti.. ..Jaga diri. Semoga cepat sembuh.. Rehat tau.. “
” Rest well tokti. Moga cepat sembuh kaki nya. Terkejut tak tahu nak habaq lah tadi.. Tak sangka kata tokti .. “
” Alhamdulillah Semoga Cepat Sembuh Kak Iti.. take care.Semogalah baik-baik sahaja. InsyaAllah. Amin.. “
” Saya Doakan Semoga Allah Beri Kesembuhan Segera Buat DS Siti Nurhaliza,Ameen3.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.. “
” Happy to know it’s nothing too serious. Recover well and we continue to pray for you and the family’s health.. “
” Alhamdulillah. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dan semoga cepat sembuh.. Nasib baik tak teruk sgt, rest well.. “
Dalam masa yang sama, DS Siti juga sempat berkongsi keadaan terkini dan perkongsian tersebut turut memberi ketenangan kepada para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga DS Siti cepat sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seninya seperti biasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, ctdk, rozisangdewi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

