Artis / Selebriti
” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
Terima komen buruk mengenai anaknya Oddah, perkongsian Sharifah Shahirah raih perhatian ramai. Fuh sekali Shiera berbunyi, memang pedas ayatnya. Dengan Tokti pun berbunyi kali ni. Berani lagi petik nama Tokti..
Hati ibu mana yang mampu bersabar apabila anaknya seringkali menjadi mangsa buli siber dan menerima pelbagai komen negatif daripada netizen. Ini lah yang dihadapi oleh penyampai dan pengacara, Sharifah Shahirah atau Shiera apabila anak perempuannya, Oddah dikecam dan dikeji oleh segelintir netizen.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shieraijoy, telah dikongsikan satu paparan komen daripada seorang netizen yang mengutuk Oddah. Menurut pemilik akaun ini, suara Oddah tidak sedap untuk menyanyikan lagu yang mendayu-dayu dan hanya sesuai dengan lagu rap sahaja.
Tidak itu sahaja, nama biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut dipetik dalam komennya itu dan mengatakan nasib Oddah baik diambil sebagai artis rakaman kerana Oddah merupakan anak angkat kepada DS Siti. Komen ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada Shiera dan Shiera memberi respon terhadap komen tersebut.

Setiap orang ada kelebihan masing-masing dan tidak sepatutnya dikecam seperti ini. Apabila kecaman seperti ini disebarkan, ia akan meninggalkan impak kepada orang lain juga. Shiera juga turut menasihatkan agar orang sebegini memberikan manfaat kepada orang lain dan bukannya menyakiti sesuka hati.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Odda dgn CikB sama geng…ada aura tersendiri yg naik je atas pentas atau kuar kat mana² kompom nak tengok. Go anakanda Odda go… MamaDiney sukaaaa jerk.. “
” Wow.. diaorg tu sedap sgt ke kalau menyanyi.. Bagi lagi kak … kak shiera pun ada hak balas balik.. “
” Berani ya dia ckp mcm tu kak shieraijoy geram sungguh. Kak, dia nk tumpang popular odah tu. Nk femes cara cepat.. “
” org yg mengata org, sibuk hal org, menjatuhkan org hakikatnya mereka sentiasa berada di belakang. org yg jiwa content dan bahagia takkan sibuk pasal hal org. begitulah biasanya.. “
” oddah tu ada aura tau.. nyanyi tu nnti silap2 jadi part time dia je.. job berlakon banyak nanti.. Bak kate CikB kalau dia nyanyi xsedap,dunia terbalik ke.. “
” Hahahaha mengata org hebat ye.. Cer try nyanyi tgk ke pasiran pantai atau kelaut dalam duara depa nih.. Boring masih ada yg bitter camni.. Langsung tak support.. “
” Apa la bitter sgt dgn Oddah tu oi!..takpela odah. masih awal utk dapatkan your strength. bidang lakonan pun ada lagi selain bidang nyanyian. puisi sajak pun ada sekali. mungkin odah boleh jadi ahli parliament.. “
Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut meninggalkan komennya di posting ini :

Tidak salah untuk memberikan komen, namun lebih manis sekiranya tidak sehingga mengutuk seperti itu. Oddah masih dalam proses belajar dan pastinya Oddah akan berlatih untuk memantapkan lagi vokalnya. Apa-apa pun, semoga semua dapat menjaga penulisan masing-masing supaya tiada mental yang akan terganggu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

