Artis / Selebriti
” Sorry, saya emotional pula. Tak lengkap Hati Kama tanpa Kak Ani.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video DS Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak setelah akhirnya bakal kembali bersatu dengan Noraniza Idris di Konsert Gema Bumantara buat ramai tersentuh. Sedihnya tengok Tokti menangis macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan satu video temubual bersama Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi video itu, DS Siti tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi mengenai penganjuran Konsert Gema Bumantara yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Konsert berkenaan bakal melakar sejarah apabila menyaksikan beliau kembali bergandingan dengan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan ianya juga mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan kolaborasi mereka.
Sambil meminta maaf kerana mengalirkan air mata, Siti mengakui konsert tradisional sulung yang diadakan selepas lebih tiga dekad pembabitannya dalam dunia seni mempunyai makna yang sangat besar buat dirinya. Menurut beliau, peluang untuk menghasilkan sebuah konsert tradisional berskala besar seperti itu mungkin tidak akan berulang lagi dan menjadikan acara berkenaan cukup istimewa.

Dalam pada itu, DS Siti berkata konsert tersebut bukan sahaja menjadi pentas persembahan buat dirinya, malah turut menjadi platform menghimpunkan barisan pejuang seni tradisional yang banyak berjasa dalam memartabatkan warisan muzik tempatan.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Npe rasa nak nangis ni.. Happy sgt, tak sabar, finally mereka nyanyi duet live sekali lagi di stadium yg gah. Bakal menjadi sejarah pasti Dato Siti dan Noraniza Idris.. “
” Alhamdulillah…. Syukur alhamdulillah… So tamat la spekulasi mengatakan diaorg bergaduh la ape la walhal diaorg ok je Netizen yg over tahniah kak Ani.. “
” Goosebumps bila Siti Nurhaliza jemput dan umumkan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris. Sangat merendah hati. Jumpa Oktober nanti. Kita joget lambak ramai2.. “
“Dato siti sangat terharu sebab noraniza sahabat seperjuangannya dulu sudi datang selepas apa yg berlaku di antara mereka bertahun2.. “
” Weehhh rindu nye nak tngok hati kama vs penyanyi asal duet ni.. Terasa kembali ke zaman 90an… Saya antara saksi waktu Hati Kama diperkenalkan meniti kegemilangan.. “
” This is purely great.. Anak anak didik Arwah Pak Ngah kini masing2 berdiri hebat dan kini kembali berada di atas 1 pentas.. “
” BIDUANITA NEGARA pun acknowledge Kak Ani as Ratu Irama Malaysia.. Rasanya TokTik mesti byk kenangan masa lagu Hati Kama ni zaman2 dulu.. “

Pastinya, kemunculan semula DS Siti dan Noraniza Idris di pentas yang sama bakal mengubat kerinduan peminat yang sekian lama menantikan gandingan mereka. Konsert Gema Bumantara juga diharap menjadi titik tolak dalam mengangkat semula martabat muzik tradisional sebagai warisan seni yang perlu terus dipelihara.
Tonton video-video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

