Artis / Selebriti
” Dulu saya pernah buat begitu. Saya ni cuba semua.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza dedah rahsia kurus dan awet muda yang diamalkan olehnya raih perhatian ramai. Tak sangka berat Tokti pernah mencecah 80kg sebelum ini. Ini rupa-rupanya yang rahsia Tokti boleh kurus. Tak baik tau yang tuduh Tokti ada cucuk-cucuk tu..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Suria, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kehadiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan di stesen radio tersebut semalam. Menerusi perkongsian itu, pelbagai topik menarik telah dibualkan oleh Dato’ Seri Siti bersama penyampai radionya, Cik Piah.
Namun begitu, apa yang paling mencuri perhatian ramai adalah apabila Dato’ Seri Siti diminta berkongsi tips kurus dan awet muda. Dengan bersahaja, beliau berseloroh bahawa antara rahsia dirinya sentiasa nampak muda adalah kerana suka tersenyum selain menggunakan produk keluarannya sendiri.
Bukan itu sahaja, Cik Piah turut bertanya sama ada Dato’ Seri Siti pernah mengamalkan diet telur ketika berusaha menurunkan berat badan. Akui penyanyi tersohor itu, dia sememangnya pernah mencuba diet tersebut selain pelbagai kaedah lain demi mendapatkan berat badan yang ideal.

Menerusi perkongsian sama, Dato’ Seri Siti turut mendedahkan bahawa berat badannya pernah mencecah sehingga 80 kilogram. Keadaan itu menyebabkan beliau mengalami sakit lutut dan pergerakannya turut menjadi agak terbatas sehingga membuatkan dirinya tekad untuk menjalani proses penurunan berat badan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Itu salah satu, salah dua.. Ehh melawak pun sopan and comel yaaa.. Lawa Dato CT! Sumber inspirasi.. ”
” Orangya cantik, perangai herlok, mashallah.. Ntahhh la suka dgr tokti borak… Masih sopan santun dr dlu smpi skrg.. “
” Dia memang baby facelah.. So just maintain je. Tang kurus tu jaga makan.. Workout etc.. Simple je, huhu.. “
” Dia kalau pakai monjaro ke monjari ke hatta operate perut pun apa salahnya.. Dia mampu dekkk. Dan dia takde jual product kurus Pastu claim kurus sebab pakai sekian sekian. So rilek jee eh.. “
” Sempat 80 ya… Comel je melawak.. Tapi Tokti macam tak menjawab soalan, hehe.. Nak tahu juga ape rahsia boleh kurus.. “
” Betul CT ckp bdn trlalu brat dia akk skit kt lutut.. Kena juga lah berusha kurus.. Tak kisah lah apa pun cara, janji kurus dengan sihat.. “
” Siti ni, dia gemuk ke, berisi ke, kurus ke, semua versi dia cantik tau.. Kagum dengan usia dia dah 40 an boleh kembali kurus.. “
Perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet yang kagum dengan usaha Dato’ Seri Siti dalam menjaga kesihatan dan penampilan diri. Malah, ramai juga yang memuji sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan tidak lokek berkongsi pengalaman bersama peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

