Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya cemburu, dia akan kata saya kuat cemburu sebab dia.. ” – Ezwan Zain

Video respon Ezwan Zain apabila diajukan soalan kuat cemburu atau tidak oleh Siti Elizad buat warganet terhibur. Terlebih jujur ni Mr E, geram sangat bunyi kata-kata tu. Gelak sakan Erra dengar jawapan tu, haha.. 

Podcast Kasi Onz Channel yang dikendalikan oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain semakin mendapat tempat di hati peminat. Diam tak diam, podcast ini bakal bersiaran untuk episod 23 pada jam 8 malam ini. Bagi episod kali ini, tetamu jemputannya adalah pelakon cantik, Siti Elizad.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedikit sedutan menarik dalam podcast itu. Elizad mengajukan soalan adakah Ezwan kuat cemburu. Erra pula spontan menyanyi ketika mendengar soalan Elizad itu membuatkan Elizad ketawa.

Kata Elizad, mungkin dia tersilap soalan, namun Ezwan mengatakan dia sukakan soalan Elizad itu. Ezwan memberikan satu jawapan yang menggeletek hati Erra. Tambah Ezwan lagi, dia memang cemburu dan menjelaskan mengapa terbitnya rasa cemburu itu.

Erra yang mendengar jawapan suami tersayang ini ketawa besar sambil menyakat Ezwan. Keceriaan dan kejujuran Erra dan Ezwan mencuit hati warganet. Ramai yang tidak sabar untuk menonton episod penuh podcast pada malam ini kerana menyukai kolaborasi Erra, Ezwan dan Elizad.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Adoi lawak lah Erra ni. tak puas tengok berulang ulang kali. Best tengok couple ni, ceria dan happening je. Erra nakal eh.. “

” Bini kau pulak ex ratu cantek takkan la tidakkkkkk.. hahahahhahaha sabor2 Mr. E.. Kak Erra and nyanyian spontan & sound effects! Hahahahaha.. “

” Erra ni sangat jelita husband confirm akan cemburu hahah. sbb org kalau pandang dia akan pandang 2-3 kali.. tak sabar nak tengok podcast penuh malam nanti.. “

” Dah tau dh Mr E cemburu kat kak Erra dr cara dia perahatikan kak Erra x sabar tunggu episode ni dua ii fav.. erra dan elizad memang ngam betul.. “

” Kecuali dengan Awie,mr E sikit pun tak cemburu. sbb tok wie dh anggap kak Erra mcm adik.. yg lain diam ii msh mengejar.. “

” Bini pulak lawooooo mcm mana kann. tak kan tidak ekkk haha. Erra kelakor…”ha nampak hampak eeiiyuooo eeiiyuooo” haha sempat dia menyakat suami sendiri.. “

” Ya Allah.. dorang ni comel.. memang ni jodoh selamanya… rasa sekufu betul.. erra ni walau ratu cantik.. dia gila gila.. hahahhaha . suami dia pun leh tahan melayan masuk airnya hahahha.. “

Jawapan yang cukup jujur dan ikhlas daripada Ezwan untuk soalan Elizad itu. Erra pula suka menyakat, warganet pasti terhibur melihat telatah Erra itu. Cemburu itu tandanya sayang dan sememangnya Ezwan teramat sayangkan isteri tercintanya ini. Erra jangan macam-macam ye. Kena tepuk nanti, hehe..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasi Onz Channel  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak