Artis / Selebriti
” Hati hati, netizen memang hebat dari sudut penyiasatan tapi kadang-kadang siasatan tu.. ” – Erra Fazira
Dikatakan sedang hamil dan nampak baby bump, ini respon Erra Fazira. Jaga-jaga, primadona Malaysia dah berbunyi tu..
Semenjak Erra Fazira melangsungkan perkahwinan bersama pemilik cafe Kueh, Ezwan Zain, ramai yang mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat. Namun Erra dan Ezwan sudah pun mencapai kata sepakat dalam isu itu sebelum melangsungkan perkahwinan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Homegrown.my, telah dikongsikan satu temubual pihak wartawan bersama Erra. Erra ditemui di sidang media Gerak Khas 2.0, yang berlangsung di pawagam TGV KLCC yang mana Erra akan membintangi drama kepolisian itu.
Kesempatan bertemu Erra digunakan oleh wartawan untuk mengesahkan mengenai isu Erra sedang hamil dan penampakan baby bump yang tular di kalangan warganet. Seperti biasa, Erra tenang dan tetap tersusun kata-katanya. Erra tidak mudah melenting dan tahu cara untuk mengawal situasi.

Jawapan yang Erra berikan cukup jelas dan diharapkan dapat menjawab semua persoalan warganet. Kata Erra, yang mendoakan dirinya, dia mengucapkan ucapan terima kasih. Sedikit pesanan daripada Erra, sekiranya tidak pasti, jangan lah dikongsikan kepada umum.
Jom tonton video di bawah :
@homegrown.my Haa sekarang dah dapat jawapan kan? haa tak pasti, jangan kongsi tau. @errafazira jawab pada netizen yang mengatakan beliau kelihatan seperti sedang hamil dalam posting sebelum ini. Apa pun, kita doakan lah urusan dan kehidupan Erra Fazira dan suami dipermudahkan dan bahagia hingga ke Jannah 🫶🏻☺️ #KLTV_MY #MYHomegrown #HomegrownKongsi
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Maybe sbb tu la netizen expect pregnant.. netizen kena tau at this age lgi2 dah masuk 50 above sngt berisiko utk pregnant.. bkn nk menolak rezeki tpi mncegah kan lbih baik.. “
” Sy x fokus apa kak Erra cakap, sebab fokus kak Erra look so young.. fahamkan point kedua last Erra, kalau dah hadam, mesti faham apa view Erra pasal hal tersebut.. “
” Cantik kak Erra macam baru 30an.. doakan je baik-baik untuk Erra.. kalau rezeki alhamdulillah, kun faya kun kan.. “
Rupa-rupanya bukan baby bump tetapi baju yang dipakai oleh Erra dalam gambar tersebut yang membuatkan seakan-akan nampak seperti baby bump. Erra sekali lagi menegaskan, dia dan Ezwan sudah pun berbincang hal mengenai anak dan pada usia Erra sekarang, tidak disarankan untuk hamil.

Apa-apa pun, semuanya atas kehendak Allah. Seandainya ditakdirkan Erra hamil, itu rezeki untuk Erra dan Ezwan. Walau bagaimana pun, buat masa sekarang, ianya tiada dalam perancangan Erra dan Ezwan. Apa-apa pun, semoga Erra terus success dalam karier seninya dan berbahagia selalu bersama suami tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Homegrown.my, IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad

