Artis / Selebriti
” Happy birthday untuk Cik Uqasha Senrose.. ” – Kamal Adli
Perkongsian Kamal Adli sempena hari lahir bekas isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh. Wah green flag betul lah Kamal ni. Tak ramai bekas suami buat macam ni..
Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian warganet apabila menitipkan ucapan istimewa sempena ulangtahun kelahiran bekas isterinya, Uqasha Senrose menerusi satu hantaran di Threads. Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah turut menyentuh hati pengikut yang mengikuti perkembangan hubungan mereka selepas berpisah.
Menerusi hantaran itu, Kamal mendoakan agar Uqasha sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta rezeki yang melimpah ruah. Dalam masa sama, Kamal turut berharap agar Uqasha terus menjadi seorang ibu yang penyayang dan terbaik buat puteri kesayangan mereka, Hawra Uqaira yang kini berusia tiga tahun.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Kamal turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mengucapkan selamat hari lahir kepada Uqasha dan meminta para pengikutnya mengaminkan doa yang dititipkan. Ini menggambarkan hubungan baik yang masih terjalin antara mereka walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang memuji sikap matang yang dipamerkan Kamal kerana masih menghormati bekas isterinya dan sentiasa mendoakan yang terbaik, terutama demi kebahagiaan serta kesejahteraan anak mereka.
Ikuti perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Kamal ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kamal, teruskan usaha untuk pikat hati Uqasha. In Shaa Allah, selagi masih ada rasa sayang dan cinta, Allah mampu membuka jalan dan memudahkan urusan.. “
” Greenforest betul abang Kamal ni. Sentiasa menghargai dan memandang tinggi pd ex wife dan ibu pd anak beliau. Salute.. “
” Aminnn.. Semoga yg baik2 utk Uqasha… Kamal, kamu ni memang patut jadi contoh utk bapak2 yg bergelar duda.. “
” Terbaik ketuaaaa.. Happy birthday uqasha smg pnjng umur murah rezeki bahagia selalu beraama anaknda tercinta Aminnnnn.. “
” U’re such a great dad tau Kamal.. Green flag punya ex- husband jugak.. Untung Hawra dapat father mcm u.. And you pun still hormat ur ex wife as well.. Tak ramai buat mcm u tau.. Keep it up Kamal.. “
” Salute betul dengan kamal cinta dia pada uqasha tetap setia ye walau dah cerai.. Greenflag ever ehh ayah hawra nii moga doa yang baik ini berbalik kpd kamal aka ayah hawra jugak. This is a good example of a parents is separated.. “
” Alahaii sweetnya ex-husband wish kt ex-wife… Bersihnya hati kamal adli ni. Lelaki mcm ni sgt baik takde dendam dan benci pada ex sendiri.. “
Selain itu, warganet turut menyifatkan Kamal sebagai seorang lelaki yang memiliki sifat “green flag” kerana berjaya mengekalkan hubungan yang baik dengan Uqasha meskipun mereka tidak lagi bergelar suami isteri. Sikap saling menghormati dan mengutamakan kebajikan anak itu menjadi inspirasi serta menerima pujian daripada orang ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : threads kamaladli, IG kamaladli, uqashasenrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman

