Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak kisah orang nak cakap i gila ke, i tak kisah.. ” – Amyza Aznan

Luahan hati Amyza Aznan tidak kisah dikatakan gila kerana menghantar mesej pada nombor arwah anaknya, Andre Mikhail. Sedihnya dengar mesej yang Amyza hantar pada Andre tu..

Sudah 5 bulan berlalu sejak pemergian anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail. Setelah setahun berjuang melawan kanser, Andre akhirnya pergi jua dan ianya meninggalkan kesan besar terhadap Amyza. Bukan mudah untuk seorang ibu kehilangan anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Apatah lagi Amyza sangat rapat dan manja dengan anaknya itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyza diajukan soalan mengenai sering menghantar mesej ke nombor handphone Andre.

Amyza mengatakan itu adalah caranya untuk melepaskan rindu. Sekali pun Amyza mengetahui tiada siapa pun yang akan menjawab mesejnya itu, Amyza okey sahaja. Amyza tidak dapat menahan air matanya ketika ditanyakan apakah isi mesej yang Amyza hantar ke nombor Andre.

Amyza juga menyifatkan bukan dirinya sahaja yang berbuat demikian. Ramai juga orang lain yang kehilangan ahli keluarga mereka berbuat begini. Amyza juga menegaskan dia tidak kisah orang mengatakannya gila dan akan terus menghantar mesej pada nombor Andre itu.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Sama macam saya dulu.. wasap abah..tapi sekarang no tu orang lain dah guna..tapi masih tak delete no tu.. “

” Memang perit namum kak kuatkan semangat redha sentiasa… ingat ada anak dan suami yg mc memerlukan perhatian dan belaian kak.. “

” Sedih betul tengok sampai saya sendiri mentis Kan air mata semoga Allah beri dia kekuatan.. As long it helps u to heal to accept he at better place now, just keep texting arwah sis.. “

” Its not easy losing someone we love. Bukan tak redha tapi biar lah kita heal slowly. I still hantar whatsap message to my late dad too.. walaupun tiada reply.. “

” Semoga kak amyzaaznankaaia terus kuat.. Hidup dia sngat berat dengan ujian dulu suami dia sakit, kemudian arwah andre sakit dan tinggalkan dia, sekarang anak dia yg sorang lagi pun sakit.. Biarlah dia nk rawat hati de.. “

” Dia chat tu dia meluah sebenarnya, tp memang susah nak move on.. doakan akak amyza aznan guys..bukan senang nak terima sesuatu keadaan semoga akak amyza akan terus kuat dipermudahkan segala urusan Aamiin.. “

” Sama mcm sy dulu msa arwah suami meninggal sy wsp nom dia jugak,sy cerita apa yg sy buat hari tu,ank2 mkn apa semua sy cerita,bkn kita xkirimkan doa ya cuma yess…rindu yg lalui je yg faham.. “

Hanya yang pernah merasai kehilangan lebih faham perasaan Amyza. Bukan mengharap untuk balasan tetapi lebih kepada luahan hati untuk sentiasa merasakan anak tersayang sentiasa ada. Semoga Amyza diberikan kekuatan untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG hibglam.com.my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak