Artis / Selebriti
” Alamak mata masuk habuk. Lagu rancak pun tetap sebak.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan dan anaknya, Adrian Adam berduet menyanyikan lagu Kopi Dangdut raih perhatian ramai. Masuk part Nabil dan Radin terus hancur lagu, haha..
Kemunculan Amyza Aznan bersama anak lelakinya, Adrian Adam atau mesra dipanggil Ean dalam sebuah showcase baru-baru ini menyentuh hati ramai peminat. Namun di sebalik rasa kesedihan Amyza kerana anaknya kini sedang melawan sakit kanser, kedua anak beranak ini tetap menghiburkan ramai orang.
Amyza dan Ean berduet menyampaikan lagu popular “Kopi Dangdut” bersama hos Nabil Ahmad dan Radin. Ramai peminat mengakui mereka sebak melihat kembali momen duet Amyza dan Ian walaupun Amyza cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
Ada yang mengatakan persembahan tersebut mengimbau kenangan ketika ibu dan anak itu pernah menyertai program realiti Famili Duo suatu ketika dahulu sewaktu Ean masih berada di bangku sekolah rendah. Ketika itu, hubungan rapat dan keserasian mereka di atas pentas sering mendapat pujian ramai.

Apa yang mencuit hati, mereka juga turut menyanyi bersama Nabil Ahmad dan Radin. Nyanyian mereka yang bersahaja dan tidak mengikut tempo mencuit hati warganet yang menonton video ini. Amyza dan Ean turut terhibur melihat mereka.
Jom tonton video di bawah :
@cikindah911 Aku memang tak boleh betul nabil dengan radin nii ekk 🤣🤣🤣… Smpai tak menahan kak amyza mngekek ketawaaa 😆😆 #erafm #showcase #adrianadam #amyzaaznan
Ruangan komen media sosial dipenuhi kata-kata semangat dan doa agar Ian terus diberikan kekuatan untuk sembuh. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cemburunya sy dgn bonding ibu anak ni… sedih nanti bila jadi kenangan.. aku rindu duet anak beranak ni… moga sihat ian.. “
” Lagu rancak pun tetap sebakkk.. Zahirnya Amyza cuba tunjukkan keceriaan tp dlm hati dia hanya Allah yg tahu, berapa sedihnya dia.. “
” Kenape bila tengok amyza dgn anak dia trus rasa sebak.. berilah kesembuhan ank ini Ya Allah.. sedihlaa mak anak pandang mata.. “
” Alamak mata masuk habuk hepi tgok kak amyza gelak xnk sdih2 taw k.amyza sdih sy ikut skali.. sedap suara ibu dan anak.. “
” Tersnyum2 kte tgok akk and ian nyanyi part last tu. smoga ank beranak ini sentiasa diberikan kekuatan dan ksembuhan utk Ian,Aminn yrb.. “
” Allahuakbar ak xleh bygkan klu kehilagan anknye lgi sorg ..moga ibu dan ank ini tabah dgn ujian mndtag bgitu juga dgn ak.. sedeynye.. “
” Moment2 hepi antara ank dn ibu…moga dpt merawat hiba walau pun sekejap cuma….semoga Allah rawat duka ibu dn ank ini…Aamiin2.. “
Kekuatan Amyza Aznan serta semangat Ian menghadapi ujian hidup memberi inspirasi kepada ramai. Peminat terus menitipkan doa agar Ian dipermudahkan urusan, diberikan kesembuhan dan suatu hari nanti dapat kembali aktif seperti dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

