Artis / Selebriti
” Dia kata macam ni ‘selepas ehem tengok tadi, ehem rasa nak rekodkan satu lagu untuk Adrian.. ” – Amyza Aznan
Video Amyza Aznan berkongsi berita gembira apabila anak keduanya, Adrian Adam mendapat tawaran daripada seorang komposer selepas 1/2 jam buat persembahan di TTMM2. Wah tak sangka ini rupanya komposer yang baik hati tu..
Baru-baru ini, persembahan istimewa daripada anak kedua pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam menerusi lagu Ku Mohon, nyanyian asal Sheila Majid telah menerima sambutan luar biasa daripada penonton di konsert minggu kelima Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2). Ramai yang turut tersentuh hati dengan nyanyian penuh emosi yang dipersembahkan Adrian pada malam tersebut.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Amyza, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya ditemubual oleh pihak media mengenai Adrian yang dikatakan menerima tawaran untuk merakamkan lagu. Amyza memaklumkan bahawa ada komposer yang meluahkan hasrat tersebut menerusi kiriman WhatsApp selepas menyaksikan persembahan Adrian di pentas TTMM2.
Teka-teki mengenai individu yang ingin menghadiahkan sebuah lagu khas kepada Adrian akhirnya terjawab apabila penyanyi dan komposer Shiha Zikir mengesahkan hasrat tersebut. Menurut Shiha, dia terus menghubungi pihak terlibat sejurus selepas menonton persembahan TTMM2 kerana tertarik dengan kualiti vokal yang dimiliki Adrian.

Shiha turut mengakui bahawa persembahan Adrian bukan sahaja menyentuh perasaan, malah berjaya mempamerkan bakat nyanyian yang besar. Keikhlasan dan penghayatan yang ditampilkan Adrian ketika menyampaikan lagu tersebut membuatkan ramai penonton kagum serta berharap bakatnya terus diberi peluang untuk berkembang dalam industri seni tanah air.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sangat sedappp ean nyanyi kalau ean masuk confrm juara, semanggat ean, pkcik menagis dengar ean nyanyi.. “
” Sedapnya suara… MasyaAllah,hensem plak tu.. Semoga adik ean dlm jagaan Allah selalu. Diberikan kesembuhan segera.. “
” Adrian nih manis sngt lah.. Dia sedih ke dia happy ke tak pernah lekang senyuman dkt bibir dia.. Thankyou kak Shiha Zikir.. I am so honoured, inshallah i will try my best.. “
” Kita pulak rasa happy sangat2 tgk ibu dan anak happy.. Soft spoken anak teruna kak Amyza .. Moga ian terus kuat n hidup happy2 ok.. “
” Congrats ian.. Smoga smua ni jdi pembakar smngat ian utk sembuh lbh cpt.. Doa dri kami… Ibu2 online ian.. “
” MasyaAllah rezeki ian ramai yg support dan doakan ian.. Moga Allah permudahkan Segala urusan ian & Amyza.. Aamiin
” lhamdulillah…Congratulations Ian…Semoga Ian terus kuat semangat untuk sihat MOGA ALLAH SWT permudahkan segalanya.. “
Untuk rekod, Adrian sepatutnya menjadi salah seorang peserta dalam TTMM2, namun terpaksa mengundurkan diri atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada bulan Februari lalu, anak kedua Amyza itu disahkan menghidap kanser tulang dan kini sedang menjalani rawatan alternatif bagi melawan penyakit berkenaan. Perkongsian mengenai keadaan Adrian turut mengundang doa dan sokongan daripada ramai peminat serta rakan artis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG amyzaaznankaaia, officialhlive, Google Utusan Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

