Connect with us

Artis / Selebriti

” Masya Allah, suara dia sedap macam arwah abang dia.. ” – Komen Netizen

Video throwback anak Amyza Aznan, Adrian Adam menyanyikan lagu Afghan, Jodoh Pasti Bertemu sebelum disahkan kanser raih pujian ramai. Nampak sihat dan bersemangat Adrian menyanyi masa ni. Suara Adrian sedap sangat, penghayatannya menusuk ke hati.. 

Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga Amyza Aznan, pastinya mengetahui keadaan kesihatan anak kedua Amyza, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang. Adrian disahkan sebagai pesakit kanser pada bulan Ramadhan yang lalu.

Banyak yang berubah dalam hidup Adrian sejak dirinya sakit. Jika mengikut pelan asal, Adrian adalah salah seorang peserta Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Akan tetapi, sakit yang dihadapinya ini menjadi penghalang dan hasrat untuk menyertai program realiti ini terpaksa dibatalkan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Adrian, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan nyanyian Adam 6 bulan yang lalu. Pada waktu ini, Adrian belum lagi disahkan menghidapi penyakitnya itu. Nyanyian Adrian ini sangat merdu dan ada tone yang sedap didengar.

Adrian mendendangkan lagu nyanyian asal Afgan berjudul Jodoh Pasti Bertemu. Tone suara Adrian sangat sesuai dengan lagu ini. Adrian kelihatan sihat dan penuh bersemangat menyanyi. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Adrian dan pastinya ada hikmah setiap apa yang terjadi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meriah lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Love sangat ya dik.. teruskan berjuang bahagia lah selalu bersama mamanya.. aunty doakan semoga adrian diberikan keajaiban bebas dari kanser.. “

” Dik, kami ramai2 doakan supaya Allah swt sembuhkan adik sesihat mungkin supaya adik dapat gapai dan capai cita2 adik untuk jadi penyanyi. Aamiin2. Kuatkan diri ya dik.. “

” Sedap suara semoga adik cepat sembuh boleh buat album.. semoga dipermudahkan segala urusan semoga de some miracle that u will heal & cleared from this insyaallah.. “

” Sedap nya suara, merdu sangat sangat.. Mudah-mudahan Adrian diberikan syifa’ ke atas penyakit yg dihadapi.. keep strongg adrian.. “

” MasyAllaah suara dia sedap mcm abg dia.. al fatihah untuk arwah abg adik… semoga adik cepat allah permudahhkan kan urusan adik di dunia dan akhirat.. aamin.. “

” MashaAllah Tabarakallah padu sora.. subhanallah… indahnya ciptaan allah SWT… Hensem… suara pn sedap… smoga adik Adrian diberi kesembuhan n terus tabahh.. InshaaAllah Adrian kuat.. Syafakallah ya.. “

” Sedap betol anak acik ni nyanyi. insya Allah semoga diberi kesembuhan segera dan dapat meneruskan cita2 dlm.bidang nyanyian.. “

Adrian ada suara yang mampu memukau pendengar cuma sayangnya, keadaan kesihatan Adrian tidak mengizinkan untuk Adrian aktif sekarang. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat Adrian agar anak muda ini dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi.

Jom tonton video di bawah :

@adriann.336

this was 6 months ago🫠 before diagnosed LOL

♬ original sound – adriann.336 – adriann.336

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok adriann.336

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak