Artis / Selebriti
” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
Video Amzya Aznan berkongsi cerita apa yang dilakukan oleh kekasih hati arwah anaknya, Andre Mikhail buat ramai tersentuh. Tak sangka sampai macam tu sekali dia sanggup buat, sebaknya dengar..
Umum mengetahui beberapa bulan lalu, anak sulung kepada pelakon terkenal, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya. Pemergian arwah Andre bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada keluarga, malah turut membuat ramai peminat berasa sedih dan tersentuh hati.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama Amyza Aznan. Menerusi perkongsian tersebut, Amyza membuka cerita mengenai insan istimewa dalam hidup arwah Andre iaitu kekasih hatinya yang sentiasa berada di sisi ketika saat sukar dilalui.
Menurut Amyza, beberapa hari sebelum pemergian Andre, Amyza berada dalam keadaan kurang sihat sehingga tidak mampu untuk menjaga anaknya di hospital seperti biasa. Namun, tugas tersebut telah diambil alih oleh kekasih arwah, Wan Raudatul Sakinah yang tanpa lelah menjaga Andre dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Apa yang lebih menyentuh hati, Amyza memuji sikap Wan Raudatul yang langsung tidak merasa geli atau takut melihat keadaan Andre ketika sedang tenat. Malah, gadis muda itu tetap setia berada di sisi arwah, menemani dan menguruskan segala keperluannya sepanjang berada di hospital.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa tersentuh mereka dan menyukai perkongsian oleh Amzya itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Al- Fatihah…sgt Utuh kasih sayang mereka… Semoga arwah ditempatkan di syurga… Asbab ladang pahala utk girl tu… Dia menjaga org sakit yg sgt di sayangi… Hingga ke akhirnya.. “
” etia hingga hujung nyawa gf nya.. alau nikah dapat pahala seorang isteri.. Al Fatihah buat Andre.. Semoga tenang di sana.. “
Amyza turut mengakui bahawa amat sukar untuk menemukan seorang anak muda yang sanggup susah dan senang bersama insan tersayang dalam keadaan sebegitu. Keikhlasan serta pengorbanan Wan Raudatul benar-benar membuatkan dirinya berasa terharu dan bersyukur kerana Andre pernah memiliki insan sebaik itu dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut turut membuat ramai warganet tersentuh hati. Ada yang memuji kebaikan Wan Raudatul serta menitipkan doa agar segala pengorbanannya menjaga arwah Andre dibalas dengan ganjaran pahala dan dipermudahkan segala urusan hidupnya kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak, amyzaaznankaaia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman

