Artis / Selebriti
” Unexpectednya jawapan. Terkejut kakak dia.. ” – Komen Netizen
Video respon anak Dato’ Aliff Syukri, Yusoff Al Qadrawi apabila ditanya mengenai cita-citanya buat ramai terkejut. Alamak, lain macam betul cita-cita Yusoff, 1st time dengar ada cita-cita macam tu. Qadejah pun terkejut dengar..
Gelagat anak-anak kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida Mohd Rashid sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mereka menjawab beberapa soalan secara spontan dalam sebuah video yang dimuatnaik di media sosial.
Menerusi video tersebut, tiga beradik iaitu Yusoff Al Qadrawi, Raudhah Arshiyah dan Qadejah El Zahra atau mesra dipanggil Cess dilihat duduk bersama sambil menjawab pelbagai soalan yang diajukan. Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah jawapan spontan dan bersahaja mereka yang mengundang tawa ramai.
Antara soalan yang ditanya adalah mengenai cita-cita apabila dewasa nanti. Jika kanak-kanak lain biasanya memilih untuk menjadi doktor, polis atau guru, lain pula jawapan diberikan oleh Yusoff. Dengan yakin dan selamba, dia memberitahu mahu menjadi “helikopter”.

Jawapan itu membuatkan Cess pula dilihat terpinga-pinga dan bertanya lagi sekali. Jawapannya Yusoff tetap sama. Reaksi wajahnya yang seolah-olah cuba memahami logik di sebalik cita-cita tersebut membuatkan ramai netizen semakin terhibur.
Jom tonton video di bawah :
@shahidadherbs2 Kalau anak ramai ni macam macam perangai boleh jumpa. Setiap anak ada pasti perangai berbeza. Ada yang tak tau cita cita nak jadi apa bila besar. Ada pulak cita cita nak jadi Helikopter😂😂
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang tidak dapat menahan ketawa melihat kepetahan dan keletah adik-beradik itu. Antara komen-komen yang diberikan netizen adalah :
” Memang gitu dikkk.. kadang2 kite dh penat nak jadi manusia. kite tukar la jadi helicopter. bolehhh dik boleh. amayan dh ada girlfriend.. “
” Yusuffff…nk jdi helicopter, Terkejut kakak dia.. Penat juga jadi orang,tiru yusoff la jadi helicopter. anak saya nak jadi firetruck sorang . police car sorangg.. “
” Korang tengok nama anak2 T1. Nama anak bifoti berbelit lidah nak sebut, Nak bayangkan yusop jadi heli tapi tak sampai bayangan tu .. “
” Anak aku nk jadi ambulan umur 3 tahun, nama Yusuf memang selalu jawab random ye anak saya Yusuf pon kalau Tanya nak jadi ape? die jawab nak jadi kapal terbang.. “
” Anak acik umur cam Yusuf Dulu dia nk jadi robot, anak sedara acik plak nak jadi peti sejuk, yg nak jadi helicopter tu apa tak faham.. “
” Yusof ni mmg buat lawak la dia tau tk helicopter tu apa, Nak jadi helicopter ko comel la budakk, Nampak tak? Kita dgn anak2 dato Aliff selevel je sbnrnya.. “
” Bgus yusuf nk jd helikopter. sy skrg cita² nak jd kura². penat jadi manusia. unexpected nyaa jawapan. nak jadi pilot ke nak jadi helikopter? nak jadi helikopter.. “
Walaupun jawapan yang diberikan kedengaran lucu dan spontan, keletah semula jadi itulah yang membuatkan video berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial. Kepetahan mereka menjawab soalan dengan gaya tersendiri membuatkan netizen tidak kering gusi, lebih-lebih lagi dengan jawapan spontan Yusoff.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Datin Shahida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman

