Artis / Selebriti
” Sakit kepala ayoh, semua nak cakap, pastu siapa nak dengar.. ” – Komen Netizen
Video Emma, Chacha dan Coddy Maembong mengadu perangai masing-masing pada ayah mereka, Ismail Embong buat ramai terhibur. Bila anak sulung, anak ke 9 dan anak ke 11 bergabung, riuh rendah dan menekan-nekan semuanya. Pening kepala ayoh melayan, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok ayah Emma Maembong iaitu Ismail Embong telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di sebuah kedai makan bersama tiga orang anak perempuannya, Emma, Chacha dan Coddy Maembong.
Mereka bertiga dengan gelagat masing-masing mengadu bermacam perkara kepada ayah mereka. Walaupun masing-masing sudah dewasa, sikap dan perangai mereka masih seperti keanak-anakan apabila bersama ayah mereka.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah keriuhan adik beradik Emma dengan masing-masing tidak mahu kalah. Manakala si ayah pula seperti tiada apa- apa yang berlaku di hadapannya dan tetap terus menjamu selera walaupun anak-anak berbalah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Situasi tersebut sangat “relatable” kerana walaupun sudah meningkat dewasa, perangai anak-anak apabila bersama ibu bapa selalunya akan kembali manja dan keanak-anakan.
Jom tonton video di bawah :
@maembong.ayoh kelapala ayoh ata pining ini maciam hali hali
Rata-rata netizen turut memuji sikap tenang Ismail Embong yang dilihat hanya tersenyum dan meneruskan makan tanpa melayan kekecohan anak-anaknya. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Ayah dah lari sebalah meja dah hahaahaha. ayah da bleh pindah meja kot rasanya. suka tol dorng semua adik beradik ni dr dluu lg.. “
” Dlm hati Ayoh ikutmung ah anok eh, bila drama chacha nk keluar eps, sakit kepala ayoh.. semua nk ckp pastu siapa nk dgr.. “
” Rama anok ayoh. Siapa yang rakam ni . ayoh Kata dlm hati .nantak la kome.. ayoh mkn buat xtahu je ayoh.. Pening ayoh.. “
” Sume bercakap…ayoh pening nk dengo hok mn ser ckp.. ayoh layan No. 9 better, Ayoh. Brape bradik sep nye. ayoh pun serabut main sekmung.. “
” Akak diaorg yg sulung tu umur berapa? dah 50an ke.. nasib ayoh Ada se je kalau byk semua bawak balik se sorang..
“
” Untung nye ayoh ada anok puan ramai. Ayah dia ni mesti baik sangat. kalau saya buat camni kat bapak saya mau dia tepok kepala saya berpusing 360.. “
” Cantik btl emma ni putih melepak yea la mix kan suka tngk die low profile tngk lyan ayah dia cam budak kecik tuk happy kn ayahnye.. “
Selain mencuit hati, video tersebut turut memperlihatkan hubungan kekeluargaan yang erat antara adik-beradik Emma Maembong. Keakraban mereka jelas terpancar melalui usik-mengusik dan cara mereka berinteraksi secara santai dengan bapa tersayang. Walaupun suasana kedengaran riuh rendah, ia sebenarnya menggambarkan kebahagiaan sebuah keluarga yang selesa menjadi diri sendiri apabila berkumpul bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Maembongayoh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman

