Connect with us

Artis / Selebriti

” Risau dia kenapa lah mama cry ye. Sweet lah Arshan.. ” – Netizen

Video Reaksi Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Ketika Menonton Drama Lakonan Mamanya Di Kaca TV. Alahai Tengok Mama Menangis, Dia Pun Auto Sedih Muka Tu. Sayang Betul Kat Mama Ye Arshan !!

Kini sedang trending drama lakonan terbaru Emma Maembong, Takdir Itu Milik Aku di saluran Astro. Drama adaptasi novalis terkenal, Siti Rosmizah ini sememangnya menjadi antara drama kesukaan ramai tidak kira tua atau muda. Emma seperti biasa memberikan yang terbaik dalam semua lakonannya.

Meninjau akaun Tiktok Emma Maembong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel ketika menonton episod pertama drama ini di kaca televisyen. Dapat dilihat semua pembantu rumah Emma juga turut sama berkumpul di ruang tamu dan menonton bersama-sama.

Klik gambar untuk info..

Arshan yang teruja melihat mamanya itu memberitahu Shazli itu adalah mamanya. Ketika paparan wajah Emma menangis ditunjukkan, Arshan menunjukkan reaksi wajah sedih dan mengatakan mengapa mama menangis. Alahai cepat touching lah Arshan ni, penyayang sungguh Arshan terhadap mama ye.

Selain gelagat Arshan, warganet juga memuji cara Emma dan Shazli melayani pembantu rumah mereka. Majikan yang baik dan sangat berbudi pekerti, untung semua pembantu ada majikan seperti ini. Tiada ada beza-beza taraf majikan dan pembantu, layanan seperti keluarga sendiri diberikan kepada mereka.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@emma_maembongs

Macam mana episod pertama? Komen sikit? #emmamaembong #emmashazli #shariqarshangabriel #shakilaryanshah

♬ original sound – Emma Maembong – Emma Maembong

Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Mesti bibik3 dia bangga, majikan dorg artis terkenal malaysia.. BERTUAH nya awk Bibik2 ber3 ,dpt Majikan yg sgt2 baik.. hargailah jasa Majikan awk tuu ye bik.. ”

” Dah tgk.. masalahnyer time scen emma kluar kite nangis lebih.. Emma lakonannya memang cantik dan menusuk kalbu.. ”

” Cerita ni la ank akk drjh 3 layan… maknya tumpang tengok kejap² sbb mls nk terjebak kang x boleh tinggal.. ”

” Anak pun kenal mak dia duk berlakon tu, mama mama hehe. ala2 dia tgok mama nye nangis. mengadu kat baba dia.. mama awak comel tau.. ”

” Sweetnya Arshan kesian tengok mama dia nangis.. mama cry mama work sayang.. so sweet lah Arshan.. ”

” Episod hari khamis lps.. Ya Allah.. tak boleh tahan. banjir sis weiii… dia punya feel tu.. kalau ada kat masjid tu.. sis nk peluk emma terus.. ”

” Wah wah, Arshan tahu mama dalam tv lah. Comel je reaksi muka Arshan bila tengok mama nangis tu. Risau dia kenapa lah mama cry ye.. good son lah Arshan.. ”

Klik gambar untuk info..

Arshan yang terpaling caring pada mama, comel sungguh ekpresi muka Arshan. Apa-apa pun, lakonan Emma memang berkesan dan meninggalkan kesan di hati semua peminat drama ini. Baru episod pertama sudah membuatkan ramai tersentuh dengan lakonannya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Emma Maembong 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT