Artis / Selebriti
” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
Video ucapan Datuk Red ketika majlis resepsinya bersama Rohanita buat warganet tersentuh. Part 4 orang anak-anak tak datang tu sedih dengar. Mesti ada sebab kenapa anak-anak Adira Suhaimi tak datang..
Bekas suami Adira Suhaimi, Datuk Red diketahui umum telah pun mendirikan rumahtangga buat kali ke 4 bersama isteri barunya, Rohanita pada 3 Julai yang lepas. Perkenalan singkat antara Datuk Red dan Rohanita membawa mereka ke jinjang pelamin.
Majlis resepsi mereka baru sahaja diadakan semalam dalam suasana yang meriah. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abg Red dan Sweetchocolate_94, telah dikongsikan suasana sekitar majlis resepsi Datuk Red itu. Selain saudara mara terdekat dan sahabat handai, anak-anak Datuk Red bersama bekas isteri pertama, Hana dan isteri kedua, Sharifah Norshafila turut hadir ke majlis papa mereka ini.
Untuk info, Datuk Red memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan bersama Hana, manakala bersama Sharifah Norshafila juga dikurniakan 3 orang anak. Kehadiran 6 orang anak Datuk Red ini menambahkan lagi kemeriahan dan kegembiraan untuk Datuk Red.

Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Red menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Rohanita kerana sudi menerimanya seadanya. Di saat Datuk Red hilang keyakinan dan berada di titik paling rendah dalam hidupnya, Rohanita setia di sisi dan memberikan semangat. Datuk Red juga memberitahu, dia tercari-cari 4 orang anaknya bersama Adira yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Ank2 yg 4 lagi masih kecil .KLU DTG mesti tak ada yg boleh handle.. mesti ada sebabnya kenapa anak-anak tu tak hadir. fikir positif je.. “
” Tok Red ni ayat manis.. sedih pulak dengar bila dia tercari-cari muka 4 orang anaknya lagi tu.. “
” Buat ank2 Sy 6 org biar pon papa mencari lg 4 org xde, xpe…syukur alhamdulillah ank2 papa ada disini, Dan minta maaf semua ank2 papa, syg ank2 papa. xleh aku bila sorg ayh mintak maaf kat ank2, blh rasa titik terendah seorg ayh tuh.. “
” Kelakar dengar ucapan pengantin tapi dalam kelakar tu terselit juga sedihnya.. tok red tahan air mata nak nangis.. “
” Berjam saya layan tok live sanding semalam.. sbnrya kena jaga mentel ank2 jgk x semua ank blh trima perpisahan ayh ibu mereka..tiberr nk dtg tgok ayh bsnding bgumbira.. “
” Jangan tngok permulaan seseorang guys.tngk pengakhiran.baik kita doa yg baik2 SJ.supaya doa tu berbalik PD kita smua.. “
” Allah hadir kan lagi yang baik..disaat jatuh kita akan mengenali siapa ada bersama…. jatuh 13 kali bangkit 14 kali… allahhuakhbar.. “

Pasti ada alasannya mengapa anak-anak Adira tidak hadir ke majlis ini. Apa-apa pun, semoga perkahwinan Datuk Red kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan ketenteraman sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini.
Tonton video di bawah :
@dato..red *SPONSORSHIPS* *AdeNitaTwenty4Seven* – wedding hall : @azzuieenaweddingevent – Emcee : @EmceeHidayatSanusi – ring : @avenys – photographer : @lw_film – videographer&photogrpher : kyrolphotography – bride assistant :brideassistbybunga *food and baverage* @_manislikeyou (cendol) @sataystation (satay) @s.hamiza (cake) @ctnashrah (icecream) @ain_myid (coffee) @kateringareenaskitchen (ckteow) @najibsbakery @Laksa Selambak
@sweetchocolate_94 KELUARGA BAHAGIA TOKRED DAN NITA❤️ #family #happy #fyp @Aaron M @abg red @Vvy | Aaron M
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok dato.red, Tiktok sweetchocolate_94
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak kuat membebel, Akira Juwita.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen

