Artis / Selebriti
” Mata Tok Red tak dapat menipu. Mata berkaca tahan air mata, last-last nampak sangat sedih tu.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Dato’ Red ketika kongsi gambar kenangan masa mula-mula dating dan bercinta dengan Adira buat warganet tersentuh. Sayu tengok muka Dato’ Red masa ni, panjang dia termenung. Komen bekas isteri pertama Dato’ Red, Cik Hana raih perhatian ramai..
Umum mengetahui Dato’ Red dan Adira Suhaimi sudah tidak lagi mempunyai ikatan suami isteri, namun pasangan ini sudah pun merancang untuk kembali bersama pada tahun hadapan. Perhubungan mereka yang rapat dan sering membuat live bersama membuatkan ramai yang menyukai pasangan ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Dato’ Red berkongsi dengan viewers ketika sedang live gambar kenangan bersama Adira. Gambar ketika kali pertama keluar dating dan gambar yang disunting sempena anniversary ditunjukkan kepada semua.
Warganet teruja melihat gambar-gambar throwback itu kerana Adira cukup berahsia mengenai kehidupannya. Malah ketika Adira bergelar isteri Dato’ Red dahulu, cukup susah untuk melihat Adira bergambar bersama atau mengambil video bersama Dato’ Red.

Dalam gembira melihat gambar-gambar itu, hati warganet juga tersentuh melihat Dato’ Red. Ekspresi wajah Dato’ Red ketika melihat gambar-gambar itu kelihatan sayu. Tidak pasti apa yang difikirkan oleh Dato’ Red pada masa itu. Mungkin terkenangkan kenangan bersama dengan Adira sebelum ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putehhhx
@putehhhx
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga cinta dan kasih sayang Abg Red pada Ami hingga ke akhir hayat.. Tok ni mkin syg dgn ami skrg 200 % tau.. Kte ni semua sentiasa doa kn tok di jodohkn semula dgn ami.. Aamiin.. “
” Tiba-tiba saya ternangis pulak, semoga berjodoh semula tok dengan ami.. jelas sgt di muka tok penyelasan yg tak boleh di putar kembali.. “
” Tok kenangkan nasib diri dia.. adoi tok pg ni kite semua sama2 sedih… kesian tok rindu sgt ke Ami td.. “
” Part perubahan mood ke layu tu, tok buat kami nangis sekali lah. mata tok tak dapat menipu.. merah mata pagi tadi.. sedih kami tgk.. “
” Kami ikut sedih sekali live pagi tadi, moga tok baik2 aje.. Tok nie nape heret kami semua menangis ni. aura tok tu kuat la. Orang pun sedih bile tok sedih.. “
” Bila bukan milik kita baru sedar betapa pentingnya dia. semoga berjodoh kembali tokred dan Ami.. memori yg xmungkin prnah hilng pastikn memori yg akn dtng kekal hinga akhir hyat. kmbli brsatu dgn Ami buat slmanya.. “
” Live pagi tadi tiba2 tok tunjuk gambar2 memory gambar2 terus Mata berkaca tahan air Mata.. last2 nampak sgt sedih… semoga ada jodoh kembali.. “
Bekas isteri pertama Dato’ Red, Cik Hana juga ada memberikan komennya di posting ini :

Kenangan yang akan selalu mekar dalam ingatan Dato’ Red. Semua itu mungkin tidak akan kembali lagi tetapi akan lebih banyak memori indah yang bakal Dato’ Red ciptakan bersama Adira nanti. Semoga ada jodoh Dato’ Red dan Adira dan ramai yang mendoakan agar kembali bergelar suami isteri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

