Artis / Selebriti
” Kawtim gagal, Pak Azad kalau tak buat kelakar memang tak sah, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Pak Azad ketika perlawanan bowling dengan team kanak-kanak mencuit hati ramai. Amboi Pak Azad, sempat suap nasi ‘jampi’ kat adik-adik tu. Part sogok duit kat coach tu kelakar, berdekah coach gelak dengan perangai Pak Azad, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video sekitar perlawanan bowling geng 3 Pagi ERA antara MMBC Youth Club Penang yang diwakili oleh team kanak-kanak baru-baru ini yang diadakan di sebuah pusat bowling.
Apa yang mencuit hati adalah telatah Pak Azad yang menjadi penyeri suasana perlawanan tersebut. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Pak Azad sedang menyuap nasi yang dimakannya kepada team lawan. Seloroh Pak Azad, dia telah menjampi nasi tersebut agar team lawan akan kalah.
Menerusi video lain pula, Pak Azad cuba menghulurkan duit sebanyak RM50 kepada coach lawan. Walau bagaimanapun, duit yang ingin diberikan oleh Pak Azad telah ditolak oleh coach sambil ketawa. Sempat Pak Azad menyakat coach itu dengan memaksa agar mengambil duit tersebut.

Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengusik Pak Azad dengan mengatakan Pak Azad mula takut jika teamnya akan kalah dalam perlawanan dan pelbagai cara telah dilakukan oleh Pak Azad untuk menang. Sehingga kini, video perlawanan bowling geng 3 Pagi ERA antara MMBC Youth Club Penang telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
onton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Pak Azad dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Punya goyang takut kalah, dia sogok duit, jampi makanan.. Hahaha kelakar betul lah Pak Azad ni, heheh penat gelak tengok video ni.. “
” Kawtim gagal, hahahahaha.. Pak Azad kalau tak buat kelakar memang tak sah.. Ada ja perangai dia buat orang ketawa terbahak2.. “
” Hahaha yg lawaknya jampi2 pon makan jugak haha.. Pak Azad dah sudah jadi babysitter pulak kat bowling alley hahahhahahhahahahhahha.. “
” Adikkk.. Jngan kata org bagi gula2 jangan amek, orang suap nasi goreng pun tOlong jangan nganga tau.. Ni semuanya nganga makan, hahaha.. “
” Pak azad sangatlah humble n sporting orgnya, penah terjumpa kt tmpt keje dia nmpak kita angkat fon nk tgkap gambar dia terus dia posing ek.. “
” Pak Azad, ko da jampi2 kat bdk2 tu pastu ko ngap sekali juga, adohaiii hahahaaa.. Sekali ko juga lah terkena jampi, hahahhaa weyyy.. “
” Comel je kmesraan pakcik dgn bdk2 tu.. Pck pnuh dgn muslihat bdk2 tu plak pnuh dgn kjjuran dan lurus je.. terbaik laaa… Bijak, haha.. “
Pak Azad kalau tak buat kelakar memang tak sah. Part suap nasi dekat team lawan tu paling comel, seronok semua adik-adik makan nasi yang Pak Azad suap. Apa-apa pun, terbaik lah adik-adik team lawan, semuanya hebat main bowling, memang profesional.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

