Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya datang ni tanda support dan permohonan maaf untuk Adira.. ” – Dato’ Red

Video Dato’ Red buat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya, Adita Suhaimi raih perhatian ramai. Part Dato’ Red sentuh mengenai anak-anak tu paling sebak..

Kemelut yang melanda penyanyi Adira Suhaimi dan mantan suaminya, Dato’ Red kecoh diperkatakan beberapa hari yang lalu. Kes pengesahan rujuk pasangan ini juga masih belum selesai dan banyak isu hangat lain yang timbul membuatkan keadaan semakin panas.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Dato’ Red. Dato’ Red ditemui sejurus selepas rancangan Talk To My Manager 2 yang mana Anggrek merupakan salah seorang peserta yang bertanding.

Dato’ Red memberitahu kehadirannya di situ adalah sebagai tanda sokongan kepada Anggrek dan Adira. Dato’ Red menyedari kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Adira. Niatnya ingin terus berkawan bersama mantan isterinya itu serta menjernihkan kembali keadaan.

Dato’ Red juga meluahkan rasa bangga setelah melihat persembahan Anggrek. Moment ketika Anggrek bersama adik beradik di pentas juga meruntun hati Dato’ Red. Sebelum mengakhiri bicaranya, Dato’ Red menitipkan pesanannya khas untuk Adira.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 400 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulillah..berbaik n berkawan demi anak2… Jgn susahkan ibu kpd anak2 sendiri yg jaga n kerja keras cari nafkah utk besarkan anak… Semoga Adira tabah.. Aamiin.. “

” Dato red nie baik nya cepat beralah.. dari untuk diri dia x wife2 dan untuk netizen. Takpa kita doa yg baik2 untuk deorang moga d permudahkn semua urusan.. “

” Bgs dato mengaku salah.. betol xde manusia xbuat salah.. trn ego mtk maaf.. moga boleh berkawan baik dgn adira demi anak2.. “

” Kita sbg org luar jgn pernah sibuk ambil tahu mslh mereka..biar dorang selesai kan dgn cara Yg baik supaya x menyakiti hati masing2..cukup kita doakan yg baik2 supaya doa itu berbalik pd kita.. “

” Bagus tok red… biar berkawan demi anak-anak.. sedih dgr…tk pe tok..doa sy agar kamu berdua berbahagia dgn jln masing2.. “

” Doa kn baik2 ..kita x tau ap problem diaorng ..kita x bolh nk hukum ke kata ke..doa kn moga bolh pulih hubungan mereka ni.. “

” Berbaik demi anak2… berbaik dgn adira sebagai kawan lebih baik mungkin setakat ini jodoh kalian bersangka baik saje.. doakan yang terbaik buat mereka berdua.. “

Alhamdulillah, satu keputusan yang terbaik oleh Dato’ Red untuk mencari jalan damai bersama Adira demi anak-anak mereka. Tiada manusia yang sempurna dan tidak berbuat salah. Semoga segala kekusutan yang terjadi akan segera terlerai dan kembali damai seperti dulu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, Tiktok F8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak