Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya performance lagi hebat dari orang besar. Persembahan di luar expectation.. ” – Komen Netizen

Persembahan anak Adira Suhaimi, Anggrek di minggu 5 Talk To My Manager 2 menyanyikan lagu I Am Neeta, Depresi raih pujian ramai. Wah beraninya Anggrek, showmanship terpaling power. Meremang tengok Anggrek menjiwai karakter tu.. 

8 orang peserta berentap di minggu ke 5 Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) semalam untuk merebut tempat ke minggu seterusnya. Peserta paling muda dalam TTMM2, Anggrek yang merupakan anak Adira Suhaimi mencuri perhatian dan persembahannya dinanti-nantikan oleh penonton setia TTMM2.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan f8buzz, telah dimuatnaik beberapa buah video yang memaparkan persembahan Anggrek. Lagu Depresi nyanyian asal I Am Neeta dibawakan oleh Anggrek dengan cukup baik dan mantap.

Ramai yang memuji persembahan oleh Anggrek termasuk juri tetap. Anggrek membawakan lagu ini dengan penuh penghayatan. Bukan mudah untuk kanak-kanak sekecil Anggrek menyanyikan lagu ini kerana lagu ini agak sukar dan sangat berat.

Memetik komen warganet, ramai yang kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Anggrek. Ianya satu persembahan yang matang dan penuh penjiwaan. Anggrek bukan hanya sekadar berbakat menyanyi tetapi juga layak digelar seorang penghibur.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Dia punya performance lagi hebat dari orang besar.. Setiap minggu all out Anggrek ni.. persembahan dari minggu pertama di luar expectations n memorable.. “

” Suara Anggerik suara kanak2. Normal lah tu. Tapi, bila di asah dan buat latihan. InsyaAllah boleh pergi jauh. Showmanship Anggerik A+.. “

” Lurve performance anggerik malam ni. Anggrek mmg on top hope no syatu la kesyangan ni . . berbakat . terbaik . keyakinan no syatu.. mega lah Anggrek.. “

” Mantaappp dikk !! Cuteee. Ne inspired perfomance alesia cara kan. Tinggi keyakinan dia Dan paling berani. go anggerekk, comel sangat.. “

” Beraninya lah budak Anggrek ni. padu Anggrek, Showmanship dia xleh nk kata, hebat sangat.. Anggrek paling power.. “

” Boleh tahan anggerik ni, berani bersaing dgn org2 besar dari dia.. mmg keberanian dia luar biasa ye.. sbb tu saya suka anggerik ni.. lawan anggerik.. “

” Kecik kecik cili padi… Go Anggerik… Tiap minggu xsabaq nk tengok dia perform. on fire girl, you dah genggam MBSA, menang kalahh belakang kira.. “

” Good job Anggrek. Wow factor mlm ni luar biasa..nmpk matang dr usia..lagu ni susah tp dia ttp bawa dgn trbaik.. mantap, memang jiwa penghibur.. “

Anggrek membuktikan usia bukan lah penghalang untuk dirinya menunjukkan bakatnya sebagai seorang penyanyi dan penghibur. Persembahan yang penuh bertenaga dan berkeyakinan daripada Anggrek. Semoga Anggrek berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak