Connect with us

Artis / Selebriti

” Part ni dia nyanyi best. Suara tinggi, clear. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

Video Azeva menyanyi lagu Adele, All I Ask untuk minggu ke 5 Talk To My Manager musim 2 raih pujian ramai. Wow sangat vokal Azeva, tak sihat pun tetap perform. Part tarik tu goosebump sangat dengar.. 

Azeva yang merupakan anak kepada Datuk A. Aida dan Ameng Spring antara yang sering mencuri tumpuan warganet. Nama Azeva mula meniti di bibir warganet setelah Azeva menyertai program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 yang disiarkan di saluran Astro.

Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak dan F8buzz, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Azeva semalam. Bagi tugasan minggu ke 5, Azeva diberikan lagu berjudul All I Ask dendangan asal penyanyi terkenal, Adele.

Vokal Azeva semakin banyak kemajuannya dan sebutannya juga semakin jelas. Memetik komen warganet, Azeva memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang penyanyi. Azeva tidak hanya berwajah cantik tetapi juga suaranya sedap didengar dan merdu. Pemakaiannya juga sopan dan sesuai dengan lagu yang dibawakan.

Persembahan Azeva saban minggu menerima pujian daripada penonton dan juga juri. Jika sebelum ini, Dato’ Ramli MS memuji Azeva mempunyai warna suara yang sangat jernih, kali ini Dato’ AC Mizal pula memberikan pujian. Kata Dato’ AC, Azeva adalah the next star dalam industri tanah air selepas ini.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Perkongsian tersebut telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Feeling dia sampai, banyak kali repeat ni. aveza walaupn x sihat ttp perfom dgn baik,,love vokal azeva,,,setiap mggu DTG support . fans azevastars…go azeva go.. “

” Walaupun sakit anak papa ameng suara tetap sedap.. azeva mmg full package betul.. tu je nak cakap.. “

” Suka sangat-sangat.. pandaiiiiii dan cantik.. vocal diA mantap.. I Love it.. terbaikk,azeva !!! Merdu dooh vocal mu.. “

” Good job azeva , sedap sangatt suara Azeva.. walau pun tak sihat..tetap terbaikkk persembahanya itu.. loveee Azeva so much lor.. “

” Amazing, mantap dik. suara tu power betul.. kalau sihat lebih padu lagi.. lagu² mcmni memang makanan azeva laaaa.. “

” Sumpah sedap … clear gila suara dia … azeva smkin kurus smkin padu bila perform.. lagu cmnie mmg layak utk masuk pertandingan..mencabar kebolehan vokal.. you did the best Azeva.. “

” Part ni dia nyanyi best. suara tinggi, clear.. walaupun tak sihat, Azeva still performed well. Not an easy song but she slays lah..vibes juara ni.. “

Satu persembahan yang mengagumkan daripada Azeva. Lontaran suara yang jelas dan Azeva mempunyai aura seorang bintang. Tidak mustahil selepas berakhirnya TTMM2, Azeva akan menjadi seorang penyanyi pelapis yang digemari ramai. Apa-apa pun, semoga Azeva terus memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz , Portal Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak