Artis / Selebriti
” Aku ingatkan Azeva dah cukup hyper, rupanya Papa Meng lebih lagi hyper, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ameng Spring dan Azeva ketika live menjual produk buat warganet terhibur. Adui Papa Meng, macam-macam mimik muka dan perangai yang keluar. Part yang sawan tu paling lawak. Penat Azeva, tak terkawal papanya, haha..
Rissa Skincare telah pun membawakan Ameng Spring dan Azeva dalam sesi live mereka semalam. Gandingan ayah dan anak ini benar-benar memeriahkan suasana dengan telatah mereka yang mencuit hati. Pengasas Rissa, Madam Shahira juga tidak dapat menahan ketawa dengan perangai masuk air Ameng dan Azeva.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Indah dan Fareena.isa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live Ameng dan Azeva. Bagi yang mengikuti anak beranak ini, pastinya sudah masak dengan perangai mereka yang random dan spontan membuat kelakar.
Ramai yang menyangka Azeva sudah hyper, tetapi hakikat sebenarnya Ameng lagi berganda-ganda hyper daripadanya. Ketika Ameng cuba menerangkan kegunaan produk Rissa dengan memberi perumpamaan membina dinding rumah, Ameng membuat mimik muka yang menggeletek hati.

Azeva pula kelihatan sedikit lelah kerana perlu mengawal papanya yang agresif ini. Pelbagai lagi perangai lucu Ameng sepanjang live ini, antaranya membuat aksi sawan. Memetik komen warganet, tidak kering gusi melihat live Azeva dan papanya ini.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Aku ingatkan azeva dh cukup hyper, rupanya papa meng lebih lagi hyper haha.. ank2 dia dah pening dgn bapak dia yg hyper… tp bila nyanyi siyesss je manjang.. “
” Azeva takut org ss buat sticker muke papa dia haha.. garu kepala member nk kawal papa hyper ni.. Jenuh Azeva kawal papameng. best live dua beranak ni.. “
” Big stage nabil yg kwal azeva.. mlm nie azeva pening nk kwal papa meng Dio llahhhhh..,,apepon meme best laye 2branok nie,, tak kering gusi.. “
” Haha lawak. Azeva menurun papa dia, hyper super papa haha.. azeva stress.. Muka Azeva cuak takut Papameng kena buat sticker, nampak Azeva penat jaga hyper Papameng..tapi comel 2 beranak ni.. “
” Patut lah Azeva sungguh random, DNA papa meng haha.. part papa meng buat muka tu berdekah aku ketawa. azeva dah cuak risau ramai yang buat stiker muka papa haha.. “
” Baru dia tau mcm mna penat mama dia(A.Aida) nk jga dia slama ni(Azeva) haha,sbjik prangai papa dia Azeva ni.. dh mcm dalam kindergarten dh smlm.. “
” Haha buat sawan mudah laku haha.. adoiii sakit perut tgk ayah & anak ni. penat Azeva jaga Papa Meng.. terlebih hyper lah papa meng.. “

Mana lah Azeva tidak random dan hyper, DNA Papa Meng memang kuat betul dalam diri Azeva. Live paling kelakar yang pernah Rissa berkolaborasi, memang pecah dengan gelak ketawa sepanjang live Ameng dan Azeva. Semoga ada lagi kolaborasi antara mereka berdua selepas ini.
Tonton video-video di bawah :
@cikindah911 Hahahahaha adoii.. Aku dengar maam ketawa.. Pecah perut 2 beranak ni.. Hahahhahaa Jom korang masuk live rissa.. Shopping2 #azeva #papameng #rissaskin
@fareena.isa Throwback Papa Meng & Azeva @Mr Bourgenvilla @Azeva promote @Rissaskin Pecah perut nengoknya.. dah macam Program Raja Lawak 🤣🤣🤣 Pening Azeva nak kawal Papa Meng dia 😆😆😆 Video rekod dari tt Rissaskin #rissaskin #ameng #azeva
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indah, Tiktok Fareena.isa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen

