Artis / Selebriti
” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Ameng Spring, Ammar Haikal dan Azeva berduet menyanyi lagu Papa mereka, Sejiwa raih pujian warganet. Fuh, meremang dengar paduan suara dua beradik ni. Memang wow sangat..
Ameng Spring bukan nama asing dalam industri. Anak-anaknya, Ammar Haikal dan Azeva pula mula menjadi sebutan setelah penyertaan mereka dalam Talk To My Manager yang mana Ammar pada musim pertama dan Azeva pula di musim kedua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar dan Azeva berduet menyanyikan lagu popular Ameng berjudul Sejiwa. Lagu ini sememangnya ada memori yang istimewa dalam hidup Ammar dan Azeva.
Ramai yang memuji kelunakan suara Ammar dan Azeva setelah mendengar nyanyian tersebut. Ammar dengan nada mendayu-dayu, manakala Azeva pula memiliki low note yang jelas dan gemersik suaranya. Anak-anak Ameng sememangnya berbakat besar.

Ramai juga di kalangan warganet yang kagum dengan keakraban Azeva dan Ammar. Sekali pun mereka berlainan ibu, namun kasih sayang antara mereka tetap utuh. Azeva dan Ammar ada aura mereka tersendiri dan tidak hanya menumpang nama papa mereka.

Lebih 7000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Sedapnya, dua beradik ni memang berbakat betul. Ikut suara Papa Meng.. Kne berduet 3 suara , papa ameng , Ammar n azeva.. “
” Wow ngam plak duet 2 beradik ni. sedap sangat, letopan lah.. That “penawaaarrrnyaa” hits different with azeva’s version.. “
” Sayunya rasa bila anak anak nynyi lagu bapa sendiri , amaze dgn hubgn kalian walau berbeza ibu tpi ttp baik tiada dengki stu sama lain.. “
” Suara adik beradik sedap mcm suara papa Ameng…sentiasa support dua beradik ni.. Mana tumpah nya kuah kalau ke nasi.. Berbakat 2 beradik ni.. Ibu ayah dlm bidang industri.. Moga maju jaya buat ke 2 2 nya.. “
” Dua2 sedap… Walaupun dua2 takda lenggok merdu Papa Meng. Tapi msing2 sedap…. Ammar mendayu2, Low note azeva ni jelas.. “
” Legasi papameng.. Ank² Ameng ni semua pandai².. Berbakat juga.. bila ammar dan azeva berpadu suara, lain aura Sejiwa ni.. “
” DNA papa meng kuat sangatt.. suara sedap masing-masing.. Suara azeva ni saya dgr sdp betol..mcm gemersik pon ada.. “

Paduan suara kakak dan adik yang cukup rasa menghidupkan kembali aura lagu Sejiwa Papa Meng mereka. Ammar dan Azeva meneruskan legasi Ameng dan pastinya kedua-duanya akan bersinar dalam industri mengikut acuan mereka sendiri. Semoga Ammar dan Azeva success selalu serta menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

