Artis / Selebriti
” Saya nak merajuk sebenarnya. Nak buang kitorang, dah buang. Tak nak masuk lagi.. ” – Datuk A. Aida
Video Datuk A. Aida bercerita dirinya merajuk ketika Azeva hampir disingkirkan dari Talk To My Manager musim ke 2. Bak kata Dato’ A. Aida, moment yang tak boleh dilupakan..
Setelah 10 minggu berjuang untuk bertahan dalam rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim ke 2 (TTMM2), malam ini akan menjadi medan penentu siapakah yang bakal bergelar juara untuk musim ini. 5 orang peserta bakal bersaing dan salah seorang yang menjadi calon juara kegemaran ramai adalah Azeva.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia dan Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Azeva bersama mamanya, Datuk A. Aida. Azeva meminta restu daripada Datuk A. Aida untuk ke pentas final TTMM2.
Kata Azeva, dia tidak mahu mamanya menangis gara-gara dirinya. Datuk A. Aida turut memecahkan rahsia mengenai dirinya hampir ingin merajuk selepas peristiwa Azeva ingin disingkirkan dari rancangan tersebut setelah berada di bottom 3.

Cara Datuk A. Aida merajuk mencuit hati warganet. Azeva turut memberitahu mamanya seorang yang sangat sensitif. Namun mujur lah Azeva tetap kental semangat dan memujuk mamanya itu untuk meneruskan perjuangan itu sehingga ke akhir.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Nasib lah ada immuniti. Lau x mmg x tgk dh ttmm. Sbb xda yg minat selain azeva je. Msa first tgk pon Sbb berkenaan kat azeva. Sbb dh ad favourite. Idak xda lah layan.. “
” Tak sangka azeva pujuk mamanya kul 2 pg haha. bagus-bagus.. Prove them wrong tonight Azeva.. all the best for final.. “
” Eh sama la dengan papa meng, dia pun cakap dlm live. dah buang, dah. xyah panggil2 masuk balik.. Comel la …jangan gado2 ok listen to ur mother.. “
” Pandai Princess pujuk mama haha.. bukan mama je merajuk… rmai yg merajuk jugk mlm tu.. tp klau azeva tk da, rating drop la jwbnya.. “
“Alo sweet je azeva pujuk mama n mama pun lembut hati je lps azeva pujuk.. good luck azeva malam ni.. “
” Time tu pun saya pun nak merajuk haha.. nasib tak terkeluar.. jenuh nak pujuk asyik merajuk je mama ni.. “
“Goodluck Azeva a.aida for tonight. Buat yg terbaik prsembahan last mlm ni all out. Kluar semua bullet yg ada. Semoga ada tuah utk juara mlm ni. All the best.. “
Terhibur melihat Datuk A. Aida merajuk seperti itu, namun nasib baik lah ada Azeva yang rajin memujuk mamanya itu. Betul kata Azeva, dia perlu buktikan kemampuan dirinya dan malam ini, akan menjadi bukti, hasil dari kesungguhan Azeva untuk menjadi yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sooka Malaysia, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

