Artis / Selebriti
” Congratulations korang. Unik betul nama baby.. ” – Komen Netizen
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kongsi berita gembira selamat menimang cahayamata sulung. Wah dah lahir si kecil yang dinanti-nantikan. Rare lah nama anak Eyka dan Akhyar ni..
Pelakon kecil molek, Eyka Farhana telah mendirikan rumahtangga bersama pemain bola sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2024. Baru-baru ini, Eyka ada berkongsikan berita dirinya sedang hamil dan menanti kelahiran cahayamata sulungnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Eyka Farhana dan Akhyar Rashid, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Eyka dan Akhyar sebelum dan selepas Eyka selamat melahirkan cahayamatanya itu. Eyka turut memaklumkan dia selamat bersalin pada hari Sabtu yang lalu.
Tarikh 16 Mei 2026 menjadi titik permulaan bermulanya kehidupan baru pasangan ini sebagai ibu bapa. Eyka dan Akhyar turut menzahirkan rasa syukur mereka ke hadrat Allah atas kurniaanNya itu. Eyka juga memberitahu di ruangan kapsyen yang anaknya ini dilahirkan secara normal.

Selain gambar si comel yang ditunjukkan sipi-sipi, Eyka dan Akhyar turut memaklumkan nama yang telah dipilih untuk anak lelaki mereka itu. Nama yang unik dan pastinya ada maksud yang indah di sebaliknya. Terpancar wajah gembira Eyka dan Akhyar selepas melihat wajah anak mereka itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Awwww syukur Alhamdullilah sayang, So happy for youuuuu.. Congratulations korang.. unik betul nama baby.. “
” Alhamdulillah and congratulations korang! Ya Allah tak sabar nak jumpa baby Luay Khayr.. welcome to the world baby L.. “
” Omg! Alhamdulillah welcome to the motherhood. congratulations korang.. selamat berpantang Eyka.. “
” Mashaallah alhamdulillah congratulations to both of youuuuuu.. So cute like mummy.. Semoga baby membesar dengan sihat & happy.. “
” Beranak2 terus pakai face mask. Kau haderrr. Tahniah mama baba.. nama baby rare betul.. okay anak saya ada geng nama sama, ingatkan dia sorang je nama pelik. yang susah orang nak sebut hahahah , btw congratulations eyka.. “
” Saluteee eyka farhana! walaupun artis tetap cuba normal delivery. speedy recovery & congratulations.. Allah lepas bersalin normal pun lawa lagi. Acik dulu dah macam apa lagi hehe.. “
” Tgk seorg suami menangis saat isteri bertarung nyawa melahirkan zuriatnya..mmg sgt gentle wey…terus nmpk handsome.. congrats eyka.. “
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Eyka untuk melahirkan cahayamata sulungnya itu. Tahniah Eyka dan Akhyar daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran baby Luay. Selamat berpantang Eyka dan semoga cepat sembuh seperti biasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eyka Farhana, IG Akhyar Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

