Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley

Video Datuk Fazley Yaakob menjawab pertanyaan mengenai sebab penceraiannya dalam sebuah podcast curi perhatian warganet. Ramai yang tertanya-tanya, itu rupa-rupanya sebabnya.. 

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendapat perhatian warganet apabila bahtera perkahwinannya bersama Azrene Soraya terlerai setelah 18 tahun usia perkahwinan mereka. Tiada angin dan tiada ribut, pasangan yang sering terlihat bahagia ini akhirnya berpisah.

Ramai yang tertanya-tanya penyebab musnahnya istana bahagia Datuk Fazley dan Azrene, namun kedua-duanya lebih selesa mengunci mulut. Tiada istilah orang ketiga dalam kes pasangan ini dan keputusan untuk berpisah adalah keputusan mereka bersama.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok affendyjailani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Bukak Mulut di mana Datuk Fazley adalah tetamu jemputannya. Pengacara podcast pada awalnya agak serba salah untuk bertanyakan soalan peribadi kepada Datuk Fazley.

Sebelum soalan ditanya, pengacara memohon kemaafan daripada Datuk Fazley dan bertanyakan punca sebenar terjadinya penceraian antara Datuk Fazley dan Azrene. Kata Datuk Fazley ini adalah soalan yang ramai orang ingin tahu dan secara terus terang, Datuk Fazley berkongsikan ceritanya.

Jom tonton video di bawah :

@affendyjailani

Kisah Penceraian #datukfazleyyaakob #podcastbukakmulut #bukakmulut

♬ original sound – Affendy Jailani – Affendy Jailani

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Dato is absolutely right. sama dgn sy, waktu courting dulu, ex ada ckp, if anything happens in the future, ie potential, sickness etc, we’ll talk.. “

” Sama Kami cuma tak share katil tp semua still the same, holidays, maintenance etc –Kasih dan sayang kami towards each other ialah Ehsan, kami faham antara each other, platonic relationship. so sy mmg fhm sgt Dato dgn Azreen situation. we care, we respect, we understand and we still trust.. “

” Sptotnya mmg kena mcm gitu kan sis … sbb sejarah mmg xboleh nk di ubah tp mghomti tu slama laman ya.. “

” Basic rational nya,pasangan/parents mesti dpt kenal pasti mn satu responsibility, priority dan privacy bukan secrecy. Privacy dan secrecy 2 benda berbeza.. “

” Datuk Fazley insan yang hebat.. Ye betul cinta hilang bila ada anak..tanggung jawab je tinggal pada suami atau isteri.. “

” Kahwin utk selamanya tak blh lah sikit sikit hilang cinta.usaha balikkan cinta ,cerai rugi.ALLAH benci cerai.blm tentu ada blh ganti bekas kita.jgn ikut nafsu sgt.. “

” Seorang keras,seorg kena lembut.jgn kalah.tapi bila seorg keras nak cerai itu masalah.tapi apapun kita bukan dlm kehidupan mereka,yg lalui mereka.. “

Setiap pasangan yang berpisah pasti ada sebab yang kukuh untuk mereka mengambil keputusan sebesar itu. Apa yang Datuk Fazley dan mantan isterinya lalui boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Tidak semua perceraian akan berakhir dengan persengketaan dan masih boleh bersahabat baik.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Affendyjailani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thermos Girrafe

Trending

Copyright © Berita Kopak