Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekarang ni Dida dah berpeluh. Tak expect Cik B akan tanya soalan macam ni.. ” – Dato’ Fazley Yaakob

Video Cik B cuba menjodohkan ibunya, Dato’ Seri Vida dengan Dato’ Fazley Yaakob buat ramai terhibur. Macam tu je Cik B jadi matchmaker untuk Mama dia, hehe..

Meninjau ke akaun Instagram Cik B, sebuah video telah dikongsikan membuatkan ramai netizen terhibur. Momen itu berlaku ketika Dato’ Fazley bersama anak lelakinya, Payish membawa hadiah kek batik khas sempena hari lahir Cik B.

Suasana yang pada awalnya santai terus bertukar menjadi lucu apabila Cik B secara spontan mengusik Fazley mengenai postingnya sebelum ini yang menyatakan dirinya mencari wanita sebagai calon isteri berwajah “Chinese look” dan tidak terlalu kurus.

Tanpa berselindung, Cik B terus mengaitkan ciri-ciri tersebut dengan ibunya, Dato’ Seri Vida. Reaksi bersahaja Cik B membuatkan semua yang berada di situ tergelak besar. Payish yang turut berada dalam video itu juga dilihat begitu sporting melayan usikan Cik B.

Nampaknya kedua-dua anak mereka memberikan restu sehingga berpeluh Dato’ Fazley dibuatnya. Walaupun semuanya hanya gurauan, interaksi spontan mereka nyata berjaya menceriakan peminat dan mengundang pelbagai reaksi lucu di media sosial.

Jom tonton video di bawah :

Netizen pula cukup terhibur melihat keberanian Cik B yang selamba cuba menjadi “matchmaker” untuk ibunya. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” Kasi jadi… Cik B dpt makan sedap2 la lepas ni.. seronok tengok bonding TTMM.. Moga ukhwah berterusan.. Wahhhhh Cik B bg green light tu.. “

” Wow so sweet! bru perasan kasut dia.. kem slm mama.. hahahaa.. Jk dh jodoh xkn ke mana kn? Kt doakn yg baik2 je wt mrk ni.. “

” Bapa nya fazley ni lagi hensem ek drpd anaknya..jujur komen.. mama nya setuju tak tu cik b nyerr.. Cik b kalau kurus mesti cantik.. “

” Bukan senang cikbi nak setuju tu dida. Kalau dida dato, mama dato. Siapa nk jd datin? Cik B mmg betul dia seronok dapat kawan masuk TTMM ni.. “

” Cik b kena ada podcast sendiri! Awak selalu ckp yg logik, jujur, lawak dan sgt pandai berinteraksi. Mungkin podcast pasal genZ & how we can understand your generation better.. “

” Love their bonding. setuju tak mama, mama pls setuju!! Merisik bagi donut.. semoga berjodoh kira jd lahhh.. netizen letih pikir.. “

” setuju..mama cik b berjodoh dgn dato fazley. ade chinese look. Dlu cik B x suka mak dia kwin lg…skrg ni dia mcm approve dgn dato fazley.. “

Walaupun semuanya berlaku dalam suasana santai dan penuh gurauan, ramai netizen mengakui mereka terhibur melihat keletah Cik B yang bersungguh-sungguh cuba menjodohkan ibunya dengan Dato’ Fazley Yaakob. Memang selamba sungguh Cik B.

Silakan SHARE..

Sumber : IG CikB

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak