Artis / Selebriti
” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
Video respon Datuk Yusry Abdul Halim ketika Datin Lisa Surihani meletakkan tangan di atas lututnya buat Nabil Ahmad dan penonton bersorak. Wah tak sangka Yusry buat macam tu. Merah padam muka Lisa sebab malu..
Sekali pun sudah 14 tahun bergelar suami isteri, Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surihani masih tetap romantis seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Cara Datin Lisa menghormati Datuk Yusry dan besarnya kasih sayang antara mereka berdua disukai oleh ramai peminat mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Datuk Yusry dan Datin Lisa ketika hadir ke rancangan hiburan MeleToP. Penampilan pasangan ini yang kemas dan sopan sedap dipandang mata.
Ketika Datin Lisa sedang memberikan ucapannya, Datin Lisa meletakkan tangannya di atas lutut Datuk Yusry dan tidak disangka, Datuk Yusry memegang kembali tangan Lisa. Ini membuatkan penonton dan host bersorak melihat mereka dan mengundang rasa malu terhadap Datin Lisa.

Datin Lisa spontan bangun dan berdiri kerana sorakan tersebut. Datuk Yusry dan Datin Lisa sememangnya pasangan yang romantis dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya sangat soft spoken dan tenang apabila berbicara di khalayak ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Aku ni susah betollll nak tgk yusry ni pegang pmpn.. bile tgk dia pegang bini dia aku rase mcm sgt rare yeeee.. psgn yg aku kira bole dijadikan cth..Xperlu menunjuk utk nampak bahagia tp bahagia tu dh mmg dtg pd yg ikhlas dan selayaknya.. “
” Suke sgt tgk couple nie..smga bahagia selalu .. Marriage goals.. Elehhh so sweet hehehe blushing pulak kami tgkkk.. “
” MasyaaAllah . sejuk mata tengok lisa ni.. Pasangan paling sweet Lisa n yusry..la aku tgk.sbb x over lemah lembut..sweet tu lain Dari yg lain..btl2 dorang menyangi antra satu sama lain.tu name cinta sejati.yg btl ikhlas mencintai seseorang tu.. “
” The way he looked at her.. Mana pulakkk tgn laki aku nih… Nk pegang jugak laaaa haha.. Lurve nya tengok diorg.. “
” Love to see tis sweet couple.. moga kebahagiaan kalian sehingga ke jannah dan romantik hingga ke Firdausi ..aamiin.. “
” Gerrrrhammmm lah, Mcm pasangn baru couple la.. Dia tak pernah lepas wife dia.. Bestnya melihat Kasih syg ini semoga Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga akhir hayat.. “
” Mcm baru bercinta wei…sweetnye..malu2 gitu. Kalau masih malu2 means they still madly in love with each other walaupun dah bertahun kahwin.. “
Romantis sungguh pasangan kesukaan ramai ini. Datin Lisa masih tebal dengan sifat malu-malunya, manakala Datuk Yusry pula pandangannya penuh kasih sayang terhadap Datin Lisa membuatkan Lisa blushing. Apa-apa pun, semoga Datuk Yusry dan Datin Lisa berbahagia selalu hingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen

