Artis / Selebriti
” Cute betul lah tengok pengantin baru ni.. ” – Komen Netizen
Video anak Che Ta, Ammar Effendy Azuar Effendy dan isterinya, Auni Ikhwan bermain game Guess The Answer raih perhatian warganet. Alahai, lemah lembut sangat Auni ni rupanya. Part reaksi Ammar bila Auni tak ingat tahun kelahirannya tu kelakar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik faridismproduction, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy bersama isterinya, Auni Ikhwan sedang menyertai satu permainan santai bertajuk Guess The Answer.
Menerusi permainan tersebut, Ammar dan Auni diberikan beberapa soalan berkaitan hubungan mereka bagi melihat siapa yang lebih mengingati detik-detik penting sepanjang perkenalan dan percintaan mereka. Permainan yang kelihatan ringkas itu turut mengundang pelbagai reaksi kerana jawapan yang diberikan oleh pasangan berkenaan cukup menghiburkan.
Antara soalan yang diajukan adalah mengenai tarikh awal perkenalan mereka. Tanpa berfikir panjang, Ammar dilihat pantas memberikan jawapan dengan penuh yakin. Auni pula cuba mengingati semula detik tersebut sebelum memberikan jawapannya, sekali gus mencetuskan suasana yang santai dan menghiburkan.

Selain itu, mereka turut ditanya mengenai siapakah yang terlebih dahulu menghantar mesej untuk memulakan perkenalan. Sekali lagi, Ammar berjaya menjawab dengan yakin, manakala Auni dilihat sedikit keliru apabila ditanya beberapa soalan lain. Malah, Auni turut mengakui tidak begitu mengingati tahun kelahiran Ammar serta tarikh sebenar mereka mula berkenalan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen ada yang meluhakan rasa suka apabila menonton video ini. Antara komen menarik adalah :
” Cute betul lah tengok pengantin baru ni.. Congrats Ammar & wife. Semoga berbahagia ke anak cucu.. “
Walaupun terdapat beberapa jawapan yang tidak sepadan, situasi itu tidak sedikit pun menghalang kemesraan pasangan tersebut. Sebaliknya, gelagat mereka saling mengusik dan ketawa sepanjang permainan berlangsung. Sikap sporting dan bersahaja yang ditunjukkan juga membuatkan video tersebut semakin menarik untuk ditonton.

Pasangan pengantin baru itu kelihatan cukup serasi. Apa-apa pun, didoakan semoga rumahtangga yang baru dibina Ammar dan Auni ini akan terus dipenuhi kebahagiaan, kasih sayang dan ianya berkekalan hingga ke akhir hayat mereka, insyaallah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG faridismproduction
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

