Artis / Selebriti
” Cantik betul, muka dia mahal. Tak makeup pun lawa.. ” – Komen Netizen
Video close-up proses solekan wajah menantu kepada Rozita Che Wan, Auni oleh MUA Sya ketika majlis pernikahan curi perhatian ramai. Wah, sebelum makeup pun dah cantik isteri Ammar ni, natural beauty sangat..
Video close-up memaparkan solekan menantu kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta iaitu Auni menjadi perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen terpukau melihat hasil solekan yang menyerlahkan kecantikan semulajadi Auni pada majlis pernikahannya.
Menerusi rakaman yang dikonsikan di akaun Instagram MUA Sya (makeupetite), solekan Auni dilihat cukup lembut dan elegan, menampilkan konsep yang natural tanpa berlebihan. Sentuhan jurusolek berjaya menaikkan seri wajah pengantin, sekali gus menjadikan penampilannya tampak anggun dan mempesona di hari bahagia.
Ramai berpendapat Auni sememangnya memiliki wajah yang cantik walaupun tanpa solekan. Namun, dengan sentuhan solekan yang sesuai, seri pengantin pada wajahnya lebih menyerlah tanpa mengubah rupa asal sehingga sukar dikenali.

Wajah Auni masih kelihatan asli dengan identitinya yang tersendiri, berbeza dengan trend solekan yang kadangkala mengubah keseluruhan bentuk wajah. Tidak kurang juga yang menyifatkan konsep solekan seperti itu sebagai pilihan terbaik buat bakal pengantin kerana mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa kelihatan berlebihan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, netizen turut memuji pemilihan gaya solekan yang disifatkan sangat sesuai untuk majlis pernikahan. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Sukaaa sgt! Berseri bride.. muka mcm Selena Gomez Malaysia btw berserk menantu cheta.. berseri seri betul bride.. “
” Cantiknyaaaaa makeupp kakshaaa. Lurveee Nanti turn i, i cari you okayy.. Masyallah.. mcm ada iras ana raffali lah. “
” Mcm iras tgku puteri afzan.. Indah dengan keperibadian auni, yang berakhlak tinggi, sopan dan menghormati orang tua. . “
” Muka menantu cheta sebiji mcm muka penyanyi Ana Raffali…cantik BTL.. manisnya menantu che ta.. approved sangat look ni.. “
” Muka dia mahal sangat .. so cantikkk.. Cantik best decision I made 6 yrs ago which hired you on my special day.. manis.. “
” Cantik mekap ne Sbb tak byk merubah raut wajah Pengantin.. cantikkkk sangat! nanti ajar kita tauuuu.. . meletop.. “
” Cantikk mcm ank kerabat dirajakan.. Tak mekap pun lawa.. boleh sy tau..first spray b4 mekup tu pe yea.. Anak Mami ni…manih leting.. “
Penampilan Auni pada hari istimewanya itu sekali lagi membuktikan bahawa solekan yang sederhana dan kemas mampu memberikan impak yang cukup memukau serta meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang melihatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Makeupetite
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

