Artis / Selebriti
” Tak membosankan, tak kayu. Ala-ala kak Lina Pom Pom pun ada.. ” – Komen Netizen
Video kemunculan Azeva sebagai pengacara Big Stage 2026 raih perhatian ramai. Wah tak sangka Azeva ‘kacip’ macam ni, memang ngam teruk dengan Nabil. Masuk air macam Kak Lina Pom Pom juga rupa-rupanya Azeva ni..
Kemunculan Azeva sebagai pengacara program realiti Big Stage Rocketfuel mencuri perhatian penonton apabila berjaya mengendalikan siaran langsung konsert pertama yang bersiaran semalam di saluran Astro. Bergandingan bersama Nabil Ahmad, Azeva tampil yakin, bersahaja dan berjaya menghidupkan suasana pentas sepanjang program berlangsung.
Walaupun ini merupakan pengalaman pertamanya menggalas tanggungjawab sebagai hos program realiti berskala besar, Azeva dilihat langsung tidak kekok. Malah, gelagat spontan serta interaksinya bersama Nabil membuatkan perjalanan program terasa lebih santai, menghiburkan dan penuh dengan momen-momen mencuit hati.
Tidak kurang juga yang berpendapat dia memiliki aura dan gaya pengacaraan yang mengingatkan mereka kepada Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom. Keletahnya yang bersahaja, petah berbicara dan pandai mengawal suasana membuatkan ramai merasakan dia mempunyai identiti tersendiri dalam dunia pengacaraan.

Selain menerima pujian kerana berjaya mengawal pentas dengan baik, ramai juga menyifatkan keserasian Azeva dan Nabil sebagai antara faktor yang menjadikan episod pertama Big Stage Rocketfuel lebih menyeronokkan untuk ditonton. Pengalaman Nabil sebagai hos berpengalaman dilihat melengkapkan penampilan sulung Azeva, sekali gus mewujudkan gandingan yang seimbang.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai penonton meluahkan rasa teruja melihat potensi Azeva sebagai pengacara. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Memang amazing lah dia NI.. azevastars tak kekok pon.. Lancar je dia dekat atas stage. Tak membosan Kan.. tak Kayu.. ala2 kak Lina pompom pon ada.. “
” Berbakat sungguh azeva ni sbg pengacara tak kekok.. 1st time host dh power! kita loveeeeee.. Bdk ni bgus lahh masok air go kakziva karena.. “
” Comel sgt mmg sesuai adik kacip I belajar mgacara .. Tahniah azeva.nt muahhh.. Hahahhaah best giler combination nabil & Azeva .. “
” Therbaik azeva.nt … talent. Walau baru first time handle big program, tak kekok.. Dari awal saya nampak Azeva ni ada bakat jadi host… Alhamdulillah…. “
” Firstime jd pengacara pentas besar ni..tak nmpk kekok..MCM dh biasa jd pengacara…wow hebat.. Kita approved, cantik , very talented, good job.. “
” Yeahh azeva comeback dkt TV.. Pengcara pon jdi lahh.. terbaikk Azeva jdi host..best sgt berganding dgn Nabil.. Suka tgok telatah azeva.. “
” Azeva nak.ter over sikit tp pandai control . mcm tu je dia kalahkan nabil hahahhaha . .. azeva memang layak jd host..byk ckp.. “
Ramai berharap Azeva terus diberi peluang mengendalikan lebih banyak program selepas ini. Dengan bakat semulajadi, keyakinan di hadapan kamera dan personaliti yang mudah disenangi, ramai percaya Azeva mampu mengukuhkan nama sebagai antara pengacara baharu yang berbakat dalam industri hiburan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

