Artis / Selebriti
” Here’s to a birthday filled with perfect drives and putts.. ” – Rozita Che Wan
Video Dan Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy Raih Perhatian Warganet. Wah Tema Golf Lah. Malu-Malu Ammar Masa Semua Menyanyi Lagu Happy Birthday !!
Setiap tahun Rozita Che Wan tidak pernah melupakan sambutan hari lahir untuk kesemua anak-anaknya. Walaupun anak sudah meningkat dewasa, sambutan hari lahir tetap diadakan. Inilah yang dikongsikan oleh Che Ta di akaun Instagram miliknya.
Che Ta telah memuatnaik video dan juga beberapa keping gambar sekitar sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy. Tanggal 28 September genaplah usia Ammar 28 tahun. Ammar masih lagi belum berkahwin dan pada bulan lepas Che Ta ada memaklumkan majlis merisik calon menantu untuk anaknya itu.
Bertemakan warna hijau lumut, segala dekorasi majlis dihiasi dengan bertemakan golf kerana ia merupakan sukan kegemaran Ammar. Ammar pula memakai kemeja bercorak berwarna biru dan juga berseluar slack. Nampak semakin kacak dan sado anak teruna Che Ta ni.

Perkongsian video dan gambar ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Agaknya apakah hadiah hari lahir Che Ta buat Ammar bersempena hari lahir Ammar pada tahun ini. Pasti cukup istimewa.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada Ammar. Antara komen -komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Happy birthday adik sayang mokcie.. Semoga panjang umur, dan cepat jumpa jodoh.. Anak yg ini betul2 serupa rupa mcm Che Ta.. “
” Happy birthday ammareffendy semoga sentiasa dalam rahmat Allah, bahagia dan berjaya .. Mcm dh 40an dh Rupa.. brp umo anak.. “
” Baju nice.. happy birthday ammar.. semoga cepat jumpa jodoh.. dimurahkan rezeki selalu.. hadiah apa kali ini mummy bagi.. “
Sekadar info, Ammar merupakan anak sulung Che Ta menerusi perkahwinannya yang pertama. Hasil perkahwinan tersebut turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Aniq Ezzra. Menerusi perkahwinan kali kedua bersama Zain Saidin dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Ammar Effendy. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan. Semoga cepat bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya. Mesti tak sabar Che Ta untuk menerima menantu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan, Ammar Effendy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

