Artis / Selebriti
” Tak pernah lagi saya buat apa-apa program untuk Astro, saya mengaibkan diri sendiri.. ” – Roy Azman
Terjatuh Dari Kerusi Juri, Aksi Roy Azman Di Kilauan Emas Mengejutkan Ramai. Tiba-Tiba Tergolek Ke Belakang Macam Tu. Punya Lah Gigil Roy Nak Kena Menyanyi, Sampai Kerusi Pun Tak Bagi Kerjasama. Bangun-Bangun, Terus Boleh Menyanyi Berduet Dengan Datuk Hattan, Hehe !!
Pentas Kilauan Emas 2024 diteruskan lagi pada minggu ini dengan persembahan yang hebat dan padu daripada semua peserta. Tidak hanya peserta yang menjadi tarikan pada program realiti ini tetapi juga barisan juri tetapnya iaitu Erra Fazira, Dato’ Hattan dan Roy Azman.
Minggu ini, sesuatu yang di luar jangkaan terjadi terhadap Roy Azman. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Astro Gempak, telah dikongsikan video yang memaparkan Roy terjatuh dari kerusi yang didudukinya. Ini terjadi ketika Elly Mazlein atau Kak Lina meminta untuk Roy menyanyi lagu Seruan dendangan asal kumpulan Lefthanded.
Roy pada mulanya menolak untuk menyanyi tetapi tetap menyebut lirik awal lagu tersebut berbunyi ‘ gigil ‘ dalam tone yang salah. Roy yang mudah terhibur ini ketawa dan ketika ini lah kerusinya terbalik ke belakang membuatkan Roy terjatuh tergolek.

Bergema ketawa penonton dengan aksi tidak disengajakan Roy itu. Kata Roy, tidak pernah lagi dalam program Astro dia mengaibkan diri sendiri seperti itu. Roy sememangnya seorang yang kelakar dan disenangi oleh semua baik host, juri mahu pun peserta Kilauan Emas.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bukan salah abang Roy Azman, salah kerusi haha.. 20x aku ulang tgk. Nape bole jatuh. Lepas tu aku ketawa sendiri. Sian abang Roy. Kerusi tu x sesuai la utk abg roy yg sentiasa aktif.. gituu.. “
” Sakit perut gelak td, aduh.. kesian Roy… kerusi Tu tak seimbang. Ni level pro ni lepas tragedi terus perform tarik lagu rock.. “
” Roy Azman jarang tak kelakar.. Kerusi tu pun gigil jugak haha.. Buat hal abg roy .. roy roy lasak betul lah abg roy ni.. “
” Aduih la dia ni.. haha jatuh kerusi terus boleh nyanyi woooo.. tu la hyper sangat.. Kerusi kena tukar yang lebih kuat dan stabil.. “
” Roy mmg ktawa suka ke belakang haha.. kan jatuh.. Pdn muke selalu bahan org ketawa kn org.. adoii malu dpt sakit dpt hahahahahah lawk lee ko ni bang.. “
” Hahaha abg Roy nih benda aib yg buat semua org terhibur okayy.. Slow motion je jatuh tu kn.. mmng syahdu gigilnyee.. bang salah show ni.. patut abg jd juri muzikal lawak superstar.. kene kene kene.. “
” Setelah ulang2 tengok yg mampu ku komen …berdekahhh aku hahah.. Hari ini dalam sejarah kelakar betul Roy.. “
Kejadian di luar jangkaan Roy sendiri. Bak kata pepatah, malang itu tidak berbau. Mujur lah tiada apa-apa kecederaan pada Roy. Roy bikin hangat program Kilauan Emas malam itu. Ajaibnya selepas jatuh terus boleh berduet dengan Dato’ Hattan. Salute lah bang Roy, memang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia sebab saya ada dunia di luar politik.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada banyak perbincangan mengenai perancangan masa depan sebab saya tak nak.. ” – YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen

